Saturday, August 18, 2012

Iftar Bersama Kengkawan

Dah lebih 2 bulan aku tak menulih kat blog nie..haha..dah bersawang la plak rasanya..Bukan apa,saja malas nak menconteng kat sini..lagipun,takde idea nak tulih apa..haha..sorry yek reader..:P

Semalam, 16 ogos 2012..aku pegi berbuka puasa dekat hotel..Layan Buffet kat Sunway Palace hotel kat KL..Iftar bersama kengkawan skolah..huhu..tak pernah aku berbuka kat hotel sebelum ni..tu kira first time jugak la..kekok skit..tak taw protocol kat situ..haha..al maklum lah,budak kampung la katakan..Lebih kurang 6 orang kengkawan yang datang..ada yang lebih 5 tahun tak jumpa..Semua datang dengan anak n bini memasing..aku sorang jew yang single..segan pun ada..haha..Kalo tahun depan pun aku tak kawin lagi,tak pegi la kot kalo diorang buat event tu lagi..huhu..segan-segan..


                                        amik gambar beramai-ramai after event..


                                             sesi berborak lepas berbuka..

                                          macam-macam gosip yang kuar..haha


                                          sambung bergosip kat table makan..


Menu kat situ menarik jugak..ada kambing panggang,sup kambing,briyani and macam-macam lagi la..pening jugak aku nak amik mana..sume aku rembat je..dah bayar mahal,rugi plak kalo tak rasa semua..haha..lagi pun bukan selalu nak merasa macam tu..setahun sekali jew..itupun kalo ada yang organize..haha..

                                          kambing panggang..haha


Hari ahad ni mungkin dah raya..so,di kesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua...maaf zahir batin kalo ada salah silap sepanjang perkenalan atau penulisan di blog ni..Semoga semuanya berbahagia di samping keluarga..kepada yang balik kampung tu,berhati-hati di jalanraya..bebanyak la bersaba kalo jalan tu jammed..haha..:)



Keep your hair strong and shiny with the #DrForHair Placenta Clinic Shampoo from @hishopmy! http://my.sharings.cc/utcnazri/share/HiShopDrForHairPCS

Wednesday, June 6, 2012

What is Ringgit Cost Averaging?

Hari nie aku nak share info tentang RCA atau Ringgit Cost Averaging (kalo kat tempat omputih,dorang sebut sebagai DCA or Dollar Cost Averaging)..Info ni aku amik dari website sebuah syarikat pelaburan yang terdapat di malaysia..Just Copy and paste..haha..sebab kat situ,dia dah explain semua..So, selamat membaca..



Introduction:

“If I have noticed anything over these 60 years on Wall Street, it is that people do not succeed in forecasting what’s going to happen in the stock market.”
– Benjamin Graham, author of “The Intelligent Investor”

Investing would be so simple if only one could predict when is the best time to buy or sell. However, timing the market is impossible and many have made huge losses due to trying and consequently failing. One of the ways to ride out the ups and downs of the constant volatility of the stock market is to use ringgit cost averaging. This method ensures we benefit from the historical strong returns shown in the long run and hedges the effects of retracement and slight downtrend in the short term.



Ringgit cost averaging is an investment technique intended to reduce exposure to risk associated with making a single large purchase by investing a fixed amount on a particular investment (such as unit trusts) at regular intervals (either monthly or quarterly), regardless of the unit price. For example, you can choose to transfer RM500 to RM1,000 from your paycheck to a unit trust fund or you can even make a RM1,500 or RM3,000 investment every quarter. The amount and frequency of your investments depend on your financial means and future goals.





How Dollar Cost Averaging Works
“Save little save often – dollar (ringgit) cost averaging works, if you stick to it.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

To illustrate dollar cost averaging better, let’s say you want to save RM12,000 each year for your child’s education fund. Instead of investing it in a lump sum and bear the risk of entering when the market is high, you decided to invest RM1,000 into a unit trust fund each month as shown in the chart:



Results
Average Cost Per Unit RM0.1923
Unit Price as at December RM0.2510
Value of Investment as at December RM15,664.48
In this example, by using the method of ringgit cost averaging, the average cost per unit invested was only RM0.1923, instead of RM0.2549 if the investor has invested a lump sum in January.


A Long-term Investment Strategy
“Discipline is the key to success for the long-term investor. He or she must not fall into the trap of managing holdings by newspaper headlines, sound bites, mindless predictions, gut feelings or the last time period results.”
– Frank Armstrong, author of “The Informed Investor.”

Regardless of the amount of money invested, dollar cost averaging is a long-term strategy. While the financial markets tend to fluctuate, they often move in the same direction over fairly long periods of time. Bear markets and bull markets can last for months, and sometimes even years. Because of these trends, dollar cost averaging may not be as effective if only applied for the short-term.

For example, an investor might choose to make 10 purchases of a unit trust fund within one month. Although it is highly unlikely that the purchase price of the units will be the same for each transaction over such a short time frame, there will not be a significant difference as well.

#RexonaMove lets you sweat to change lives! Download the App now and start contributing to a good cause!
http://my.sharings.cc/utcnazri/share/RexonaMove






However, over the course of a longer market cycle, you would probably go through a bull market and a bear market, with the price of a given security changing considerably. Dollar cost averaging will help ensure that your average cost per units represents both the premiums of a bull market and the discounts of a bear market, as opposed to just the premiums usually paid by investors in a bull market.


Tips to Get you Started
“Those who put an investment programme in place will have a lot more money
when they come to retire than those who never get around to it.”
- Australian financial author Noel Whittaker.

Many unit trust funds allow you to begin investing with a minimal amount with the option to make further contributions through regular deductions from your paycheck or bank account.If you’re interested in dollar cost averaging, here are a few tips to help you put this strategy to work for you:
  •  Get started as soon as possible. The longer you have to ride the ups and downs of the market, the more opportunity you have to build a sizable account over time.
  •  Stick with it. Dollar cost averaging is a long-term strategy. Make sure that you have the financial resources and discipline to invest continuously through all types of markets, regardless of price fluctuations.
  • Take advantage of automatic deductions. Having your investment contributions deducted from your paycheck or bank account is an easy and convenient method to invest, and can help you get into the habit of investing regularly.
  •  Be prepared for losses. Dollar cost averaging does not guarantee that there will always be profits and no losses in your portfolio. Even though you paid a lower average cost than the average price of the units, you could still lose money if you choose the wrong time to exit the market, particularly when prices are low.

Building wealth by investing in unit trusts is more a matter of patience and persistence than of investment skill and luck. The major decision that must be made is whether or not you are willing to forego immediate gratification to achieve your long-term financial goals. If you are, then dollar cost averaging can be a very effective way to help you get there.

So,aku harap article diatas dapat menambahkan knowledge korang pasal pelaburan atau bahasa omputihnya,investment..

Sunday, June 3, 2012

Register 2012,Dapat Tahun 2049



Last monday, 28 may 2012,aku pegi tabung haji..nak register untuk pegi haji..saja pegi register awal,boleh menyimpan bila kita dah taw tahun yang kita nak pegi tu..Kalo korang nak register,ada 2 cara...sama ada korang buka akaun dengan tabung haji (modal rm2 jew untuk buka akaun) dan ada simpanan tunai rm 1300 dalam akaun tu,dah boleh mendaftar..lagi satu cara,korang register ikut epf..dengan syarat,kena ada rm1300 dalam akaun 1 epf korang..then, print out latest epf statement tu,bawak pegi tabung haji..nanti diorang registerkan untuk korang..Cara tu yang aku buat masa pegi daftar haji haritu..haha








Masa no.giliran aku sampai,aku pegi la kat kaunter tu..yang jaga kaunter tu,pakcik yang berumur dalam 50-an la aku rasa..gelak besar dier bila tengok tahun yang aku dapat tu..tahun 2049..giler la..lagi 37 tahun baru samapai turn aku..aku kira umur aku time tu..dalam 68 tahun..haha...ntah hidup lagi aku tahun tu pun aku tak berapa nak sure sangat..ntah-ntah dah padam kot..haha..Cuba korang lak pegi register kat Tabung haji..tgk tahun berapa korang dapat..haha..


Aku tanya pakcik tu macam mana nak pegi cepat..dia cakap ikut pakej..yang harga rm 22 ribu ke atas..huhu..mana nak cari..nak tunggu turn aku tu..lama la pulak..Tapi aku ada cara macam mana untuk pegi awal..bagaimana?buat simpanan dalam unit trust selama 15 tahun...pastu duit korang cukup untuk pegi haji melalui pakej (bukan pegi sorang but pegi berdua)...untuk info lanjut,korang boleh contact aku,Nazri 017-377 6235, atau melalui email, kelisa_cooper@yahoo.com..dan aku akan terangkan dengan lebih lanjut..

Friday, May 25, 2012

Pengalaman Pertama Buka Booth

Hari isnin hari tu aku dengan member aku buka booth kat sebuah kilang di senawang...Kitaorang start pagi sampai pukul 3...Member aku tu dah banyak kali join booth tapi bagi aku plak,nie baru first time...Segan jugak mula-mula tu...Tak Pernah buat la katakan...haha..

Masa edar brochure kat pekerja kilang tu,aku still segan-segan lagi..tak pandai nak communicate sangat dengan strangers nie..almaklumlah,aku seorang yang pendiam sebelum nie..tak pernah terlibat dalam aktiviti macam nie..respond yang kitorang dapat kira ok la..ramai yang ambik brochure dan tanya pasal investment tu..mungkin diorang nak pikir dulu lepas tu,nak buat ke tak..tak kisah la..janji kitaorang dah spread brochure unit trust tu..kurang-kurang diorang dapat jugak knowledge pasal investment kan?





Hari rabu,aku pegi repeat sorang kat kilang tu balik..tak leh nak pegi hari selasa pasal aku kena pegi bangsar..haha..aku buka booth kat kilang tu dari pagi sampai petang..sebab brochure dah bagi ari isnin,so, aku just wait je..tengok respond diorang..ramai yang datang balik tanya macammana nak buat..so,aku explain la kat diorang..lepas buat calculation,sumea yang berminat tu tak layak nak buat investment melalui skim epf..simpanan dalam akaun 1 epf diorang kurang dari simpanan asas yang KWSP tetapkan...aku tanya jugak seorang kakak tu yang keje dekat 10 tahun kat kilang tu..nape bleh jadi macam nie..die cakap,gaji kat kilang tu kecik.. basic dalam rm500 jew..walaupun goverment dah naikkan basic salary to rm900..diorang still dapat rm500 lagi coz kenaikan tu amik masa..sian jugak aku tengok nasib pekerja kat kilang tu..

Level assistant manager and above,diorang semua dah buat investment dengan bekas worker kat situ yang jadi consultant..haha..kalo tak,dah aku suggest suh buat investment dengan aku..walaupun takde yang buat investment sepanjang 2 hari aku kat kilang tu, sekurang-kurangnya dengan kehadiran aku ngan member aku kat situ,pekerja kilang tu dapat la jugak knowledge pasal investment unit trust ni..mungkin sekarang mereka tak buat,in future,sapa taw..




Besok,aku join kawan aku pulak..buat booth kat perhimpunan jutaan belia di putrajaya..booth kitorang berhadapan dengan kementerian kewangan..kalo ada yang ke sana...boleh la kita jumpa ye..aku ada hari jumaat dengan sabtu..boleh share knowledge pasal investment or blog..lagi satu,kalo korang berminat dengan iklan nuffnang tu..jangan malu-malu untuk klik yew..boleh gak bagi aku bonus..haha

Wednesday, May 23, 2012

My first Bonus Earning From Nuffnang!!

Dah dekat 3 bulan gak aku tulih blog nie..tak pernah pun dapat bonus earnings dari nuffnang..subuh nie,saje la gatal tangan check kat icon earnings tu..selalu zero jek...pagi ni dah ada 0.25 sen..haha..dapat jugak akhirnya..nilai yang dapat tu memang la sikit tapi kepuasan dia,tak ternilai harganya..haha..kena wat post banyak-banyak lepas nie..bagi banyak sikit traffic ke blog aku...mana taw dapat lagi bonus tu..haha..thanks nuffnang..










Kat sini aku upload bonus yang aku dapat..





Sunday, May 13, 2012

Teh Tarik Session

Dah lama aku tak gi melepak kat kedai mamak time malam.Setahun lebih ada kot.Selalu time malam aku duk kat rumah jew..layan internet..Hari pecah rekod sebab kawan skolah aku ajak.Jumpa kengkawan lama katanya.So,aku pun ikut la dia pegi jumpa bebudak nie kat Pelita Nasir Kandar Jalan Ampang.Jumpa kengkawan sekolah yang dah hampir lebih 10 tahun tak berjumpa dengan diorang.Dekat 7 orang gak yang ada tadi.Haha..Sume dah kawen,yang bakal nak kawen pun ada..tinggal la aku sorang yang membujang lagi..siot tul..haha.. Banyak gak news pasal kengkawan lama yang aku dapat.Yang dh jadi manager pun ada but most of them sekarang keje dengan company oil and gas.Masyuk gak memasing,sampai ada yang dah nak berhijrah..nak duk kat middle east...yang dah duk sana pun ada..tak sangka gak aku..haha..Tapi, walaupun memasing dah berjaya sekarang,diorang still lagi macam dulu..tak membezakan kengkawan walaupun sekarang diorang dah berjaya..yang dah gaji 5 angka sebulan pun ada..haha...tapi bagus jugak..korang bagi aku semangat nak berjaya jugak macam korang...kalau korang boleh,xkan aku x boleh plak ..kan?

Monday, April 30, 2012

Investment Melalui ACC 1 EPF?



Ramai diantara kita yang mempunyai KWSP..tetapi tak ramai yang tahu kenapa KWSP pisahkan simpanan tersebut kepada 2 akaun iaitu akaun 1 dan akaun 2.Akaun 1 bertujuan untuk KWSP membantu pencarum membuat persediaan menghadapi persaraan supaya para pekerja mempunyai sejumlah wang simpanan apabila mereka bersara kelak dan hanya boleh dikeluarkan apabila mereka bersara iaitu ketika beumur 55 tahun.Manakala akaun 2 pula adalah untuk membantu pekerja membuat persediaan menghadapi tempoh persaraan mereka.Pengeluaran akaun 2 dibenarkan untuk beberapa tujuan seperti pembiayaan rumah,pendidikan,perubatan dan ketika berumur 50 tahun.70% dari caruman pekerja setiap bulan akan di salurkan ke akaun 1 manakala baki 30% akan di salurkan ke akaun 2.

Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa kita boleh membuat pelaburan melalui akaun 1 EPF.Mengikut Info yang  di paparkan di website KWSP,simpanan di akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan PELABURAN sahaja.Dan pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka untuk tujuan pelaburan.Kenapa KWSP hanya benarkan pengeluaran akaun1 hanya untuk pelaburan sahaja..?Kerana KWSP mengetahui bahawa jumlah simpanan akaun 1 itu hanya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh beberapa tahun sahaja.

Katakan lah anda mempunyai RM 200 ribu didalam akaun 1 anda ketika berumur 55 tahun.Jangka hayat purata rakyat malaysia ialah 75 tahun bagi lelaki manakala 78 tahun bagi wanita.Sekira anda lelaki,bermakna anda ada tempoh 20 tahun selepas persaraan anda.Jika RM200 ribu dibahagikan dengan 20 tahun bermakna anda hanya ada RM10 ribu setahun atau RM833 sebulan.Adakah jumlah ini mencukupi bagi anda?Jika ada RM833 sebulan pun sudah dianggap sebagai golongan miskin sekarang,dengan kadar inflasi yang tidak menentu serta harga barangan yang semakin meningkat,dalam golongan mana pula kita berada dalam 20 ke 30 tahun akan datang?Itu sebabnya kita lihat ramai yang bekerja semula selepas bersara bagi menampung kos sara hidup mereka.

Namun perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita membuat persediaan dari awal.Dengan membuat pelaburan di usia muda,kita akan dapat membesarkan dan menambahkan jumlah akaun 1 EPF kita itu.Bukan semua jumlah dalam akaun 1 yang boleh di laburkan, sebaliknya hanya 20% dari baki yang tinggal selepas ditolak simpanan asas yang telah ditetapkan oleh KWSP.Berikut adalah jadual simpanan asas yang dikeluarkan oleh KWSP :




Contoh kiraan :

Sekiranya anda berumur 30 tahun dan mempunyai RM35 ribu dalam akaun 1,jumlah yang dibenarkan untuk membuat pelaburan ialah

Jumlah simpanan dalam Acc 1                                          35000
Simpanan Asas                                                                 -18000
Baki                                                                                     17000

Jumlah Pelaburan       (20% X 17000)                                3400

 Jadi,jumlah pelaburan yang dibenarkan ialah RM3400.00.Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan bagi memaksimakan potential profit yang bakal dinikmati oleh pencarum.Dengan total profit secara purata 10% ke 15% setahun,sekali ganda dari apa yang diberi oleh EPF,pencarum boleh membesarkan lagi simpanan akaun 1 mereka.Pencarum akan memperoleh 2 keuntungan (berbanding 1 keuntungan dari KWSP sekiranya mereka tidak membuat pelaburan) iaitu 10% ke 15% melalui pelaburan dan 5% ke 6% melalui simpanan di KWSP.Bayangkan berapa profit yang anda akan dapat sekiranya anda bermula sekarang?

Pelaburan melalui akaun 1 EPF ini tidak memerlukan transaksi tunai sebaliknya ia akan diuruskan antara pihak KWSP dengan pihak Bank setelah mendapat persetujuan dari pencarum.Penjualan semula pelaburan pencarum akan dimasukkan kembali ke dalam akaun 1 mereka.Dengan bermula awal,pencarum mempunyai potensi yang tinggi untuk membesar serta menambahkan jumlah simpanan akaun 1 mereka.

Jadi,terpulang kepada anda bagaimana untuk merancang kewangan anda samaada hendak membiarkan sahaja simpanan anda dalam akaun 1 atau melaburkannya.Sekiranya anda ada persoalan atau kemusykilan,anda boleh menghubungi saya samaada melalui handphone atau email,dan saya akan membantu anda menjawab persoalan tersebut serta membantu anda dalam merancang pelan kewangan anda..

Wednesday, April 18, 2012

From 50 to 5000...

Lama jugak aku tak menulis kt blog nie..dekat 3 minggu jugak rasanya..huhu..maklum lah sibuk skit dgn nk cr listing,nk attend class,nk wat cold calling...byk gak cabaran yg aku kena since last 2 weeks..penat pun ada..nak-nak plak xde sales..lagi la penat rasanya..

Last monday,aku ada attend class kt istana boss..class about how to make cold calling...presenter,boss sama otai Rudy..dh la masa pegi pagi tu,aku sesat kt area bukit belacan...nk g taman melawati tapi aku kuar kat simpang ampang point..setengah jam gak la aku dok pusing kt situ nak cari jalan kluar..last-last, dpt jugak cr istana boss tu..(terpaksa mintak bantuan otai rudy,kalo x reply sms aku time tu,maw gak aku balik..huhu)..



Sampai kt istana boss at kemensah riverview tu (aku agak la nama tempat dia tu)..class dh pun start,aku lambat 10 minit..kira terlepas some tips from boss..After few minutes boss mengajar kt depan (maklumlah,bekas lecturer kt mana ntah,aku pun xtaw)..dia dh start tanya soalan...aku lak yang 1st kena tu..boss tanya, "nazri,listing kamu ada berapa?".. so, dgn confidentnya aku jawab.. "50 boss.." ingatkan dh banyak la tu..rupanya sikit..siap kena cop fail lagi aku dgn boss..adeh..dia nak aku tambah lagi..paling kurang pun 3000 list..pastu siap up lagi 2000..jadi total 5000 list...kena cari dalam minggu nie..

Reason dia..aku kena buat 100 call setiap hari..kalo setakat ada 50..apa barang..pastu besok dh tak taw nak call saper lagi..kata boss..huhu..nak tak nak kena buat jugak la..kalo tak kang kena lagi dengan boss..lagi pun aku paham gak kenapa kena cari banyak list..lagi banyak list yang aku ada,lagi tinggi peluang untuk dapat client..byk sikit income..kalo sikit,alamatnyer,hujung bulan tak berasap la dapur aku..Banyak gak la aku belajar aritu..walaupun ada makan dalam skit,tapi berbaloi la..So,aku accept la challenge boss tu..upkan listing dr 50 ke 5000 by this week...lepas ke tak,aku tak pasti..janji aku cuba dulu..haha..hopefully..aku lepas setengah dari target dia tu pun ok la..haha..terpaksa kerja keras demi untuk berjaya macam diorang...first target aku,beat sales otai rudy by next month..haha

Tuesday, April 3, 2012

My Dream Car

Kalau sesape yang tengok video gold setting tu,aku ada cakap pasal kereta yang aku impikan tu kan..Chevrolet Camaro nama kete tu..masa tu aku main cakap jew sebab boss dah tanya..nak kata BMW,aku tak minat..dah ramai yang pakai kete tu..Kalo Mercs,pun dah ramai yang pakai...so,aku teringat kete tu coz aku pernah amik pic kete tu masa gi universal studio kat singapore feb aritu.. So, tadi sambil aku wat cold calling kat public mutual shah alam,aku try la surf tenet..nak cari info pasal kete tu..maklumlah,kete jenis rare..tak banyak kat malaysia..kalo x silap tahun lepas,5 unit je yang ada on the road..salah sorang owner kete tu yang aku tahu ialah Sultan Johor(masa dia beli,dia still lagi TMJ)..haha..kalo aku pakai nanti,dah macam diorang plak jadinya...kena ada banyak duit baru leh pakai..haha.. Kat bawah ni,aku upload some pic from chevrolet camaro tu..cuma harge je tak leh tahan,rm488,888.00...tak termasuk road tax and insurances..haha


power siot engine dier..3.6-liter V6 tu..produce an uprated 323 horsepower (up 11 horsepower) and 278 lb-ft of torque..




                                                        interrior dlam kete nih..




comelnyer spedometer dier...;)

Car Specifications:

DrivetrainRear Wheel Drive
Curb Weight (lbs)3780
City (MPG)17
Hwy (MPG)28
Horsepower323@6800
Torque (lb-ft)278@4800
Wheelbase112.3
Length (in.)190.4
Width (in.)75.5
Height (in.)54.2











Saturday, March 31, 2012

Univest Group Goal Setting for 2012

Masa untuk kerja Keras...=D

Thursday, March 29, 2012

Believe in yourself!!


Arini aku try wat face to face with clients..kebanyakkannya memang aku kenal..hardware owner yang pernah aku order materials dulu masa wat construction..most of them yang aku jumpa,tak berapa nak tahu pasal investment nie..so,kena la explain kat diorang..secara spontan jek..haha..nak kata closed deal tu xde la..50-50 coz diorang kena discuss dulu dengan husband masing-masing..harap-harap ada la nanti tu...haha..

For me,walaupun tak dapat closed deal arini tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk approach clients and hilangkan rasa gemuruh aku nie..goyang jugak tadi coz diorang taw sebelum nie,time buat construction,aku dah selamba jew..tak pernah datang hardware pakai smart macam nie..haha..macam pegawai pulak uncle tu kata kat aku..siap pakai kasut hitam lagi tu..haha..malu giler aku tadi..aku rasa maybe pasnie aku kena try buat lagi baik dari hari ni..kena buat sampai hilang gementar aku tu time jumpa ngan strangers..baru datang confident..kan?kena atasi kelemahan yang aku ada kalo nak success dalam bidang nie..

After this,aku nak try buat calling pulak..but before that kena buat listing dulu before call..kena buat list banyak-banyak..kena tahu serba sedikit tentang client yang aku nak call tu..buat preparation before jumpa..takleh nak main redah macam arini..hurm..harap-harap aku tak gelabah la time wat call tu..=D

Saturday, March 24, 2012

My First Closed Deal!!


Malam ni aku dapat buat satu closed dengan client.. kat kedai mamak area S.Alam..with less preparation..first time la katakan..knowledge about unit trust tu memang ada..tapi sebab first presentation depan client..sorang-sorang plak tu....gabra aku jadinya..maklumlah before this,aku memang jarang berbual dengan orang..lagi banyak diam dari bercakap..Ayat semua lintang pukang jadinya..haha..but first client aku tu sporting orang dier..coz dier paham aku still new lagi..

So,after dinner kat kedai mamak tu..client ajak pegi rumah untuk isi form...aku bagi taw kat dier..dia just perlu sign ajer,yang lain aku isikan untuk dier..but die taknak..sume borang dia isikan sendiri..haha..siap bagi advise lagi kat aku suruh perbaiki presentation aku tu..kalo tak,susah nak cari client lain,katanya..malu gak aku ..haha..Dia pun cakap when aku nyer presentation dah bagus,dier nak suruh aku jumpa kawan-kawan dia pulak..dia cakap kalo aku buat cara presentation yang aku buat kat dia tadi tu depan kawan-kawan dier..alamat takde la jawabnya..

Aku rasa lepas nie aku kena praktis lagi untuk perbaiki presentation aku depan orang..kena buat study dulu before approaching client...kena banyak belajar lagi dengan orang-orang yang dah lama dalam bidang unit trust nie..So, for presentation aku tadi tu,aku bagi markah D kat diri aku (tak leh nak bagi markah fail coz aku dapat closed deal cash dengan first client aku tu..haha)

Feel jugak erk bila dapat buat closed deal nie..happy giler aku..haha..


Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

Iklan Dari panaja..nuffnang ...

Wednesday, March 21, 2012

You can do it!!



Aku baru je balik dari class training di bangsar anjuran Univest Group...macam -macam info yang dapat dari diorang...dari cara untuk buat sales sampailah cara untuk menjaga client..pelbagai cara dan kaedah yang diorang ajar..based on experience masing-masing..semua diorang share dalam class tu..Penat pun ada jugak coz aku ada kat bangsar tadi dari tengah hari..tengah malam baru sampai rumah..haha..Tapi semua itu hilang bila tengok diorang semua semangat dan tak kedekut ilmu untuk dikongsi..Sebelum ni ada jugak orang yang aku jumpa kata agen unit trust ni macam agen insurans..bagi diorang semuanya sama iaitu nak suruh orang beli produk mereka and agen dapat komisyen..ada juga yang cakap,aku pergi class training ni sebab nak belajar cara-cara untuk mengayat orang supaya melabur..adeh..sempit jugak fikiran diorang ni..Sebenarnya tanggapan diorang ni semuanya salah coz why?
Becoz dalam class tu,aku belajar macammana nak take care satu-satu investment..Dari cara-cara isi borang sampailah cara-cara nak memaksimumkan potential profit client..Banyak masa yang diperlukan untuk aku fahami keadaan current market serta ekonomi..hari-hari kena tahu pasal perkembangan ekonomi negara..dulu aku pun ingatkan simple jew bile join Unit Trust ni..cari client,buat sale dapat komisyen..ingatkan macam tu..rupanya bukan..haha..Rupa-rupanya,aku kena learn about economic,kena ada knowledge yang jitu,faham keadaan pasaran dan tahu kehendak client..kena tahu jugak cara-cara bagaimana untuk menjaga pelaburan client supaya in future,aku dapat maximize potential profit untuk diorang...job yang kebanyakan orang anggap senang but the truth,it needs a lot of time and concentration..
Kerja mana yang takde cabaran kan?Jadi,aku ambil semua ni sebagai cabaran untuk aku hadapi dalam bidang unit trust ni..Bak kata miss Julia (ketua sorak group cnmy,geng mafia wars dalam fb..single lagi minah nie,sesapa nak berkenalan dengan dia boleh contact dia ye..jangan contact aku )...

" caiyok2 semua family {CNMY}...walaupun xramai tp hope semua rase fun join this family...any poblem bole diskas ngan admin...kami sedaya upaya nak tolon korg :D"

tapi aku tukar skit..

"caiyok2 semua members Univest Group...walaupun xramai tp hope semua rase enjoy join this group...any poblem bole diskas ngan Boss...boss sedaya upaya akan tolon korg :D"...jangan marah arr bosss....

Monday, March 19, 2012

Kaedah Pelaburan Melalui KWSP

Pelaburan melalui KWSP merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan di dalam Unit Trust.Pelaburan ini dibuat berdasarkan jumlah amaun yang terdapat di dalam akaun 1 pelabur.Jumlah minima pelaburan adalah RM1000 dan maksima tidak melebihi 20% daripada baki akaun 1 yang masih ada selepas ditolak jumlah simpanan asas yag ditetapkan oleh KWSP.Sila lihat jadual simpanan asas dibawah:




Contoh kiraan untuk mengetahui samaada seseorang itu layak atau tidak adalah seperti berikut :



Pelabur yang ingin membuat pelaburan melalui keadah ini hanya perlu mengisi borang permohonan dan selebihnya akan diuruskan oleh Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah dengan KWSP.Dan pelabur boleh menambah jumlah pelaburan mereka setiap 3 bulan.Sekiranya Pelabur menjual balik unitnya, hasil tersebut akan dimasukkan kembali ke dalam akan 1 pelabur.Bak kata pepatah " sikit-sikit,lama-lama jadi bukit".Lagi awal anda melabur,lagi tinggi simpanan persaraan anda..


Berikut adalah info yang diambil dari website KWSP :

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
  • Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asasdalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya:
  • (i) Warganegara Malaysia; ATAU
    (ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di
    bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum
    1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum
    semula dengan KWSP; ATAU
    (iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
    * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00



Cara-Cara Membuat Pelaburan Di Dalam Unit Trust

Terdapat beberapa cara untuk kita melabur di dalam Unit Trust Atau Skim Unit Amanah ini. Antaranya ialah :

1) Belian Sekali Gus
Cara ini merupakan cara paling biasa untuk melabur di dalam Unit Trust.
Dengan syarat jumlah pelaburan itu memenuhi jumlah minima Syarikat
Perkhidmatan Unit Amanah,pelabur boleh melaburkan simpanannya setelah
mereka melengkapkan borang permohonan.Dengan kaedah ini,pelabur tiada
lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam unit trust.

2) Pelaburan Semula Pendapatan
Dengan cara ini,pelabur menambah jumlah pelaburan mereka setelah agihan
dibuat oleh syarikat.Seseorang pelabur boleh memperoleh secara tetap
sejumlah kecil unit tambahan yang lama-kelamaan dapat menambah jumlah
pulangan daripada pelaburan dalam Unit Trust.




3) Simpanan Secara Tetap
Sesetengah pelabur melabur dengan membuat caruman tetap contohnya
simpanan secara bulanan.Caruman tidak dibuat mengikut kontrak dan boleh
ditamatkan pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti.Cara ini lebih
berdisiplin,berguna dan fleksibel untuk pelabur mengumpul modal keperluan
masa depan.Pada akhir tempoh tersebut,jumlah unit terkumpul adalah jumlah caruman yang terkumpul,termasuklah agihan pendapatan yang diperoleh daripada caruman tersebut.Yang pasti,jumlah caruman daripada unit yang terkumpul mungkin lebih banyak jika dicarum untuk jangka masa yang lebih lama.

4) Meminjam Untuk Melabur Dalam Unit Trust
Pelaburan melalui kaedah ini adalah tidak di galakkan kerana mempunyai
pelbagai risiko.Pelabur boleh membuat pinjaman dengan institusi kewangan
untuk tujuan pelaburan dengan pinjaman maksimum sehingga 67% daripada
jumlah pelaburan yang ingin di lakukan dalam Unit Trust.Ini bermakna
sekiranya pelabur ingin melabur RM100 ribu dalam Unit Trust,dia hanya
boleh membuat pinjaman sehingga RM 67 ribu dan bakinya hendaklah
menggunakan wang sendiri.Apabila berlaku kegagalan untuk membayar balik
pinjaman,pihak pemberi pinjaman berhak mencairkan pelaburan pelabur dalam
Unit Trust untuk membiayai pinjaman tersebut.Oleh itu,kaedah ini tidak di
galakkan sekiranya anda ingin melabur.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya,017-377 6235 atau tinggalkan komen anda di bawah.

Saturday, March 17, 2012

Cute Exam


Hari ni aku g amik exam cute kt OUM Seremban.Nak jadi UTC la katakan..kena la g amik this exam..dr 60 soalan mengenai Unit trust,kena betul 45 soalan baru bleh pass..Berhari-hari gak aku mengadap model soalan tu kat rumah,sampai naik hafal dengan soalan dier..takut x lepas la katakan...Alhamdulillah, aku pass gak exam tu..masa untuk jawab exam tu 2 jam tapi aku wat 30 minit jew..Orang lain br soalan ke 20,aku dh abis 60 soalan..goyang gak masa nk click tamat dan tgk result tu..org lain sume dh tgk aku..maklumlah orang first yg siap..kalo fail tadi,malu giler weh..Tapi xleh nak beat record Mr Thinesh, Fasilitator aku untuk class cute kt bangsar..dia jawab sume dalam 19 minit..agaknya dia rebus kot buku teks FIMM tu..pastu minum air dier..tu yang dier boleh hapal sume ..So,bile dh pass ni..bermula dengan rasminya keje aku sebagai Unit Trust Consultant..yeeehaaa...=D =D =D

Friday, March 16, 2012

Kekurangan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.Begitu juga dengan Skim Unit Amanah ini.Terdapat beberapa kekurangan yang ada iaitu risiko,hilang kawalan, yuran dan bayaran serta kos melepas.Setiap pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

1) Risiko

Setiap pelaburan ada risikonya.Begitu juga Skim Unit Amanah.Oleh itu,amat
penting untuk pelabur mengetahui tentang risiko ini sebelum mereka membuat
keputusan untuk melabur.Perunding Unit Amanah mesti memastikan pelabur diberi
penjelasan yang secukupnya mengenai risiko pelaburan sebelum pelabur membuat
sesuatu keputusan dalam pelaburan mereka.Jadi,tanyalah perunding anda tentang
risiko yang ada dalam Skim Unit Amanah sebelum memuktamadakn keputusan anda
untuk melabur.


2) Kehilangan Kawalan

Pelabur dalam Skim Unit Amanah tdak berhak menentukan bagaimana simpanan mereka
dilaburkan.Jika Pengurus Tabung Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah melabur dalam
portfolio pelaburan mengikut prospektus dan surat ikatan maka tidak banyak yang
boleh dilakukan oleh pelabur jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang
dibuat oleh pengurs tabung.Jadi,Baca dan fahami prospektus pelaburan anda
sebelum membuat keputusan dan mintalah bantuan dari perunding unit amanah untuk
menjelaskan kepada anda mengenai prospektus tersebut sekiranya anda tidak
memahaminya.


3) Yuran Dan Bayaran

Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah bukanlah
percuma.Ada Yuran dan Bayaran yang perlu dibayar oleh pelabur Skim Unit Amanah.
Mintalah perunding anda menjelaskan perkara tersebut sebelum membuat sesuatu
pelaburan.


4) Kos Melepas

Sebagaimana dengan mana-mana keputusan yang dibuat,pelabur yang melabur dalam
Skim Unit Amanah mungkin memperoleh pulangan yang lebih baik daripada mereka
terus melabur sendiri dalam pasaran.Lebihan ini merupakan Kos Melepas daripada
perlaburan Skim Unit Amanah.Pelabur mungkin mempertikaikan bahawa mereka boleh
mendapat pulangan yang lebi baik jika mereka melabur sendiri terutama sekali
apabila prestasi Skim Unit Amanah mengecewakan.Hal ini mungkin ada benarnya
namun satu aspek pelaburan yang sering dilupakan oleh pelabur langsung ialah
tahap risiko yang diambil untuk mencapai pulangan tersebut.Pelaburan melalui
Skim Unit Amanah memberikan tahap kepelbagaian yang tinggi untuk pelabur dengan
simpanan yang terhad.Satu pelaburan langsung mungkin menghasilkan pulangan yang
lebih berbanding pelaburan melalui Skim Unit Amanah tetapi yang jelasnya, tahap
risiko yang diambil oleh pelabur lansung jauh lebih besar daripada mereka yang
melabur dalam Skim Unit Amanah.


Jadi,sebagai pelabur, mintalah perunding unit amanah anda untuk menerangkan kekurangan Skim Unit Amanah dengan jelas supaya anda faham dan jelas mengenai perkara tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam Skim Unit Amanah.

Kelebihan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Bagi pelabur yang tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk membuat penyelidikan atau analisis pasaran perlaburan,Skim Unit Amanah adalah satu cara yang ideal untuk melabur. Untuk mengendalikan perlaburan,seseorang itu perlu mengetahui maklumat serta sentimen pasaran terkini.Dalam pasaran kewangan hari ini yang bergerak pantas dan semakin canggih,seseorang individu perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.Ini agak sukar untuk dilakukan malah memerlukan masa dan kos yang tinggi.

Melabur dalam Skim Unit Amanah dapat mengalihkan sebahagian besar beban tekanan perlaburan kepada mereka yang mahir mengendalikannya iaitu pengurus tabung profesional.Terdapat lima kelebihan dalam perlaburan Skim Unit Amanah yang perlu diambil perhatian:


1) Kepelbagaian

Pengumpulan tabung yang lebih besar membolehkan pengurus tabung menguruskan
Skim Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis perlaburan.Dengan itu,pelabur
Skim Unit Amanah boleh mendapat manfaat iaitu semakin banyak bilangan
perlaburan maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut.
Dengan kata lain,pelabur yang tidak mampu membuat pelbagai jenis perlaburan
kerana simpanan yang terhad, pelaburan dalam Skim Unit Amanah menawarkan
kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.


2) Cara Mudah Untuk Membeli Dan Menjual

Kebanyakan pelabur ingin perlaburan yang mudah tunai iaitu perlaburan itu
mudah dijual dalam jagka masa yang pendek.Skim Unit Amanah memberikan manfaat
ini kerana unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui Perunding Unit
Amanah atau Syarikat Perunding Unit Amanah seperti Public Mutual.Syarikat
Perunding Unit Amanah perlu membayar hasil daripada belian balik unit kepada
pemegang unit atau pelabur selewat-lewatnya 10 hari selepas menerima
permintaan bagi belian balik tersebut.


3) Pengurusan Profesional

Pengurus tabung yang mengendalikan perlaburan Skim Unit Amanah terdiri
daripada golongan profesional.Skim Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam mebuat keputusan perlaburan.Dalam jangka masa panjang,
kepakaran sebeginilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih
baik daripada biasa untuk pelabur.


4) Pendedahan Perlaburan

Bagi pelabur kecil, adakalanya mereka sukar untuk mendapatkan pendedahan
kepada kelas aset tertentu atau sekuriti tertentu.Sebagai contoh,jika
seseorang pelabur mempunyai RM 1000 dan ingin melabur dalam hartanah,pasaran
sekuriti antarabangsa atau bon korporat maka agak mustahil baginya untuk
memegang pelaburan langsung dalam mana-mana atau semua pasaran ini.Dengan
Skim Unit Amanah, pelabur kemungkinan besar dapat melaburkan simpanannya dalam
salah satu perlaburan ini atau dalam gabungan semua pelaburan ini.Oleh
itu,pelabur dapat menyesuaikan pendedahan perlaburannya untuk memenuhi
objektif mereka.


5) Kos Pelaburan

Apabila membuat pelaburan langsung,pelabur kecil perlu menanggung kos
urusniaga seperti komisen broker saham yang lebih tinggi daripada apa yang
dibayar oleh pelabur institusi besar seperti pengurus tabung Syarikat
Perunding Unit Amanah.Disebabkan pengurus tabung melabur dalam jumlah yang
besar maka mereka boleh mendapat kadar pulangan institusi dan perlaburan yang
mana pelabur kecil mungkin tidak boleh mendapatkannya. Contohnya, pelabur
kecil tidak boleh melabur secara langsung dalam pasaran Sekuriti Kerajaan
Malaysia yang melibatkan jumlah setiap urus niaga sehingga jutaan
ringgit.Sebaliknya,pengurus tabung boleh melakukannya.Pelabur institusi
termasuk pengurus tabung Skim Unit Amanah sering menerima keutamaan bagi
tawaran awam awal untuk saham syarikat yang akan disenaraikan, yang mana ia
tidak diberikan kepada pelabur kecil.Dengan jumlah pelaburan besar yang
diuruskan oleh pengurus tabung,pelabur dapat meminimumkan kos pelaburan
mereka.

Thursday, March 15, 2012

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Unit Trust?

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang saham amanah atau lebih dikenali dengan nama Unit Trust...Tetapi,apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan saham amanah atau unit trust ini?

Skim Unit Amanah atau Unit trust ini merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul simpanan mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang di uruskan oleh profesional pelaburan.

Pemegang unit dalam Skim Unit Amanah (SUA)iaitu pelabur,bukannya pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisari di bawah amanah yang di wujudkan oleh penganjur dalam SUA iaitu Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA). Menurut perlembagaan SUA, mesti terdapat pemegang amanah atau Trustee untuk menjaga kepentingan pelabur.Pemegang Amanah ini ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam SUA bagi pihak pemegang unit atau pelabur, dan mesti mengutamakan kepentingan pemegang unit.Pemegang Unit atau Pelabur dalam SUA tidak boleh mengarah SPUA bagaimana untuk melabur dalam portfolio pelaburan.

Pelabur SUA tidak membeli sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan portfolio terbahagi kepada unit dan setiap pelabur dikenali sebagai Pemegang Unit. Satu Unit dalam SUA merupakan 'bahagian' berkadar daripada perlaburan yang terkumpul.Apabila nilai perlaburan dalam portfolio SUA meningkat atau menurun maka nilai atau harga unit bagi setiap unit tersebut juga meningkat atau menurun.

Pulangan pelaburan dalam SUA biasanya ialah gabungan pembayaran pendapatan tetap iaitu agihan, dan tambahan nilai modal,yang diperolehi daripada perlaburan terkumpul yang terdapat dalam SUA tersebut.Setiap unit layak menerima jumlah pendapatan yang sama yang ditentukan oleh tahap agihan yang diistiharkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA)dan tambahan atau susut nilai modal yang lazimnya diunjukkan dalam harga unit SUA tersebut.

Pelabur SUA biasanya terdiri daripada mereka yang membuat perlaburan dalam jumlah yang agak kecil iaitu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berhasrat untuk memegang untuk memegang portfolio perlaburan langsung dalam saham atau aset lain.Sebaliknya,mereka lebih suka melabur dalam instrumen perlaburan terkawal.SUA membolehkan pelabur kecil mengakses pelbagai jenis perlaburan yang pada kebiasaannya sukar untuk diakses.

Oleh sebab pelabur menginginkan pulangan yang berpatutan untuk simpanan mereka maka Skim Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai bagi mendedahkan mereka kepada perlaburan yang dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh daripada akaun simpanan biasa dan deposit tetap.

'Kos' bagi pulangan yang berpotensi lebih tinggi pasti disertai dengan risiko perlaburan yang tinggi juga.Dalam jangka masa pendek,pulangan perlaburan dalam Skim Unit Amanah kurang berbanding deposit tetap tetapi bagi janka masa sederhana hingga jangka masa panjang,perlaburan dalam Skim Unit Amanah dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik dengan tahap risiko yang berpatutan.

Setiap sesuatu itu mesti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?Jadi dalam post yang lain,aku akan cuba menjelaskan pula tentang kelebihan serta kekurangan yang terdapat dalam Skim Unit Amanah ini..Diharapkan dengan maklumat-maklumat diatas dapat membantu anda semua memahami apa itu Unit amanah atau Unit Trust serta menbantu untuk anda menjadi seorang pelabur yang berpengetahuan.....

Saturday, March 10, 2012

Class Success 101

On 7 march 2012 aritu...aku pegi class success 101 di Bangsar..Class dari jam 9 pagi sampai 5 petang..macam-macam gak yang aku belajar dalam class tu..dari sejarah tentang company sampai la ke cara nak buat sales..tapi yang best nyer..aku dapat share experience dengan UTC lain..cara diorang buat sale..ada yang guna method face to face,change business cards,phone..tengok mana yang sesuai dengan personaliti masing-masing..Kebanyakkan UTC yang aku jumpa,semua dapat buat sales yang bagus..dan diorang tak kedekut ilmu serta very supportive to new comer macam aku..Hurmm..harap-harap..aku pun dapat buat sales macam diorang..goyang pun ada memandang dari semua UTC yang attend class tu,aku sorang jew yang belum ambil Exam Cute..haha..Lagi seminggu untuk aku amik exam..harap-harap lulus la exam tu..=)