Showing posts with label booth. Show all posts
Showing posts with label booth. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Panduan Melabur Dalam Unit Amanah

Apa Itu Unit Amanah?
Unit amanah merupakan salah satu produk pelaburan yang popular dalam kalangan pelabur. Ini dapat dibuktikan dengan adanya 40 buah syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia dan 602 dana unit amanah dalam pasaran. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana unit amanah merupakan salah satu cara untuk pelabur yang mempunyai modal minimum untuk melabur dan mempelbagaikan pelaburan mereka.
Tetapi, apakah itu unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan Dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat pengurusan unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau sekuriti-sekuriti lain yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana.

Pendapatan
Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.


Give your car a good shine with the #Goddwell R-Nano Waxing & Claying service from @MilkADeal! http://my.sharings.cc/utcnazri/share/MilkADealGRNWCS


Perlindungan Untuk Pemegang Unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungannya terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:


Ada beberapa sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.



Baca Prospektus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia mengandungi matlamat dana, strategi pelaburan dan polisi serta pulangan dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang agak sukar difahami, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat pelaburan anda sama dengan dana tersebut.

Kesimpulan
Sebagai pelabur, anda perlu mempertimbang faktor berikut ketika memilih dana:

• Objektif pelaburan – pastikan objektif dana dan matlamat pelaburan anda adalah selaras;
• Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah selari dengan matlamat dan  toleransi risiko anda;
• Saiz dana dan aliran pertumbuhan;
• Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum yang diperlukan;
• Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya;
• Jenis dan jumlah yuran;
• Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja  dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini;
• Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset; dan 
• Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama.





**Article ini diambil dari majalah Ringgit edisi November 2012.Majalah Ringgit merupakan penerbitan usahasama antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA.**

Check out the new Acer P3 Ultrabook, it's convertible and detachable too! Ultrabook™. Inspired by Intel. #MyAcerTouch http://my.sharings.cc/utcnazri/share/AcerP3


Friday, May 25, 2012

Pengalaman Pertama Buka Booth

Hari isnin hari tu aku dengan member aku buka booth kat sebuah kilang di senawang...Kitaorang start pagi sampai pukul 3...Member aku tu dah banyak kali join booth tapi bagi aku plak,nie baru first time...Segan jugak mula-mula tu...Tak Pernah buat la katakan...haha..

Masa edar brochure kat pekerja kilang tu,aku still segan-segan lagi..tak pandai nak communicate sangat dengan strangers nie..almaklumlah,aku seorang yang pendiam sebelum nie..tak pernah terlibat dalam aktiviti macam nie..respond yang kitorang dapat kira ok la..ramai yang ambik brochure dan tanya pasal investment tu..mungkin diorang nak pikir dulu lepas tu,nak buat ke tak..tak kisah la..janji kitaorang dah spread brochure unit trust tu..kurang-kurang diorang dapat jugak knowledge pasal investment kan?





Hari rabu,aku pegi repeat sorang kat kilang tu balik..tak leh nak pegi hari selasa pasal aku kena pegi bangsar..haha..aku buka booth kat kilang tu dari pagi sampai petang..sebab brochure dah bagi ari isnin,so, aku just wait je..tengok respond diorang..ramai yang datang balik tanya macammana nak buat..so,aku explain la kat diorang..lepas buat calculation,sumea yang berminat tu tak layak nak buat investment melalui skim epf..simpanan dalam akaun 1 epf diorang kurang dari simpanan asas yang KWSP tetapkan...aku tanya jugak seorang kakak tu yang keje dekat 10 tahun kat kilang tu..nape bleh jadi macam nie..die cakap,gaji kat kilang tu kecik.. basic dalam rm500 jew..walaupun goverment dah naikkan basic salary to rm900..diorang still dapat rm500 lagi coz kenaikan tu amik masa..sian jugak aku tengok nasib pekerja kat kilang tu..

Level assistant manager and above,diorang semua dah buat investment dengan bekas worker kat situ yang jadi consultant..haha..kalo tak,dah aku suggest suh buat investment dengan aku..walaupun takde yang buat investment sepanjang 2 hari aku kat kilang tu, sekurang-kurangnya dengan kehadiran aku ngan member aku kat situ,pekerja kilang tu dapat la jugak knowledge pasal investment unit trust ni..mungkin sekarang mereka tak buat,in future,sapa taw..




Besok,aku join kawan aku pulak..buat booth kat perhimpunan jutaan belia di putrajaya..booth kitorang berhadapan dengan kementerian kewangan..kalo ada yang ke sana...boleh la kita jumpa ye..aku ada hari jumaat dengan sabtu..boleh share knowledge pasal investment or blog..lagi satu,kalo korang berminat dengan iklan nuffnang tu..jangan malu-malu untuk klik yew..boleh gak bagi aku bonus..haha