Monday, April 30, 2012

Investment Melalui ACC 1 EPF?



Ramai diantara kita yang mempunyai KWSP..tetapi tak ramai yang tahu kenapa KWSP pisahkan simpanan tersebut kepada 2 akaun iaitu akaun 1 dan akaun 2.Akaun 1 bertujuan untuk KWSP membantu pencarum membuat persediaan menghadapi persaraan supaya para pekerja mempunyai sejumlah wang simpanan apabila mereka bersara kelak dan hanya boleh dikeluarkan apabila mereka bersara iaitu ketika beumur 55 tahun.Manakala akaun 2 pula adalah untuk membantu pekerja membuat persediaan menghadapi tempoh persaraan mereka.Pengeluaran akaun 2 dibenarkan untuk beberapa tujuan seperti pembiayaan rumah,pendidikan,perubatan dan ketika berumur 50 tahun.70% dari caruman pekerja setiap bulan akan di salurkan ke akaun 1 manakala baki 30% akan di salurkan ke akaun 2.

Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa kita boleh membuat pelaburan melalui akaun 1 EPF.Mengikut Info yang  di paparkan di website KWSP,simpanan di akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan PELABURAN sahaja.Dan pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka untuk tujuan pelaburan.Kenapa KWSP hanya benarkan pengeluaran akaun1 hanya untuk pelaburan sahaja..?Kerana KWSP mengetahui bahawa jumlah simpanan akaun 1 itu hanya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh beberapa tahun sahaja.

Katakan lah anda mempunyai RM 200 ribu didalam akaun 1 anda ketika berumur 55 tahun.Jangka hayat purata rakyat malaysia ialah 75 tahun bagi lelaki manakala 78 tahun bagi wanita.Sekira anda lelaki,bermakna anda ada tempoh 20 tahun selepas persaraan anda.Jika RM200 ribu dibahagikan dengan 20 tahun bermakna anda hanya ada RM10 ribu setahun atau RM833 sebulan.Adakah jumlah ini mencukupi bagi anda?Jika ada RM833 sebulan pun sudah dianggap sebagai golongan miskin sekarang,dengan kadar inflasi yang tidak menentu serta harga barangan yang semakin meningkat,dalam golongan mana pula kita berada dalam 20 ke 30 tahun akan datang?Itu sebabnya kita lihat ramai yang bekerja semula selepas bersara bagi menampung kos sara hidup mereka.

Namun perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita membuat persediaan dari awal.Dengan membuat pelaburan di usia muda,kita akan dapat membesarkan dan menambahkan jumlah akaun 1 EPF kita itu.Bukan semua jumlah dalam akaun 1 yang boleh di laburkan, sebaliknya hanya 20% dari baki yang tinggal selepas ditolak simpanan asas yang telah ditetapkan oleh KWSP.Berikut adalah jadual simpanan asas yang dikeluarkan oleh KWSP :




Contoh kiraan :

Sekiranya anda berumur 30 tahun dan mempunyai RM35 ribu dalam akaun 1,jumlah yang dibenarkan untuk membuat pelaburan ialah

Jumlah simpanan dalam Acc 1                                          35000
Simpanan Asas                                                                 -18000
Baki                                                                                     17000

Jumlah Pelaburan       (20% X 17000)                                3400

 Jadi,jumlah pelaburan yang dibenarkan ialah RM3400.00.Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan bagi memaksimakan potential profit yang bakal dinikmati oleh pencarum.Dengan total profit secara purata 10% ke 15% setahun,sekali ganda dari apa yang diberi oleh EPF,pencarum boleh membesarkan lagi simpanan akaun 1 mereka.Pencarum akan memperoleh 2 keuntungan (berbanding 1 keuntungan dari KWSP sekiranya mereka tidak membuat pelaburan) iaitu 10% ke 15% melalui pelaburan dan 5% ke 6% melalui simpanan di KWSP.Bayangkan berapa profit yang anda akan dapat sekiranya anda bermula sekarang?

Pelaburan melalui akaun 1 EPF ini tidak memerlukan transaksi tunai sebaliknya ia akan diuruskan antara pihak KWSP dengan pihak Bank setelah mendapat persetujuan dari pencarum.Penjualan semula pelaburan pencarum akan dimasukkan kembali ke dalam akaun 1 mereka.Dengan bermula awal,pencarum mempunyai potensi yang tinggi untuk membesar serta menambahkan jumlah simpanan akaun 1 mereka.

Jadi,terpulang kepada anda bagaimana untuk merancang kewangan anda samaada hendak membiarkan sahaja simpanan anda dalam akaun 1 atau melaburkannya.Sekiranya anda ada persoalan atau kemusykilan,anda boleh menghubungi saya samaada melalui handphone atau email,dan saya akan membantu anda menjawab persoalan tersebut serta membantu anda dalam merancang pelan kewangan anda..

Wednesday, April 18, 2012

From 50 to 5000...

Lama jugak aku tak menulis kt blog nie..dekat 3 minggu jugak rasanya..huhu..maklum lah sibuk skit dgn nk cr listing,nk attend class,nk wat cold calling...byk gak cabaran yg aku kena since last 2 weeks..penat pun ada..nak-nak plak xde sales..lagi la penat rasanya..

Last monday,aku ada attend class kt istana boss..class about how to make cold calling...presenter,boss sama otai Rudy..dh la masa pegi pagi tu,aku sesat kt area bukit belacan...nk g taman melawati tapi aku kuar kat simpang ampang point..setengah jam gak la aku dok pusing kt situ nak cari jalan kluar..last-last, dpt jugak cr istana boss tu..(terpaksa mintak bantuan otai rudy,kalo x reply sms aku time tu,maw gak aku balik..huhu)..



Sampai kt istana boss at kemensah riverview tu (aku agak la nama tempat dia tu)..class dh pun start,aku lambat 10 minit..kira terlepas some tips from boss..After few minutes boss mengajar kt depan (maklumlah,bekas lecturer kt mana ntah,aku pun xtaw)..dia dh start tanya soalan...aku lak yang 1st kena tu..boss tanya, "nazri,listing kamu ada berapa?".. so, dgn confidentnya aku jawab.. "50 boss.." ingatkan dh banyak la tu..rupanya sikit..siap kena cop fail lagi aku dgn boss..adeh..dia nak aku tambah lagi..paling kurang pun 3000 list..pastu siap up lagi 2000..jadi total 5000 list...kena cari dalam minggu nie..

Reason dia..aku kena buat 100 call setiap hari..kalo setakat ada 50..apa barang..pastu besok dh tak taw nak call saper lagi..kata boss..huhu..nak tak nak kena buat jugak la..kalo tak kang kena lagi dengan boss..lagi pun aku paham gak kenapa kena cari banyak list..lagi banyak list yang aku ada,lagi tinggi peluang untuk dapat client..byk sikit income..kalo sikit,alamatnyer,hujung bulan tak berasap la dapur aku..Banyak gak la aku belajar aritu..walaupun ada makan dalam skit,tapi berbaloi la..So,aku accept la challenge boss tu..upkan listing dr 50 ke 5000 by this week...lepas ke tak,aku tak pasti..janji aku cuba dulu..haha..hopefully..aku lepas setengah dari target dia tu pun ok la..haha..terpaksa kerja keras demi untuk berjaya macam diorang...first target aku,beat sales otai rudy by next month..haha

Tuesday, April 3, 2012

My Dream Car

Kalau sesape yang tengok video gold setting tu,aku ada cakap pasal kereta yang aku impikan tu kan..Chevrolet Camaro nama kete tu..masa tu aku main cakap jew sebab boss dah tanya..nak kata BMW,aku tak minat..dah ramai yang pakai kete tu..Kalo Mercs,pun dah ramai yang pakai...so,aku teringat kete tu coz aku pernah amik pic kete tu masa gi universal studio kat singapore feb aritu.. So, tadi sambil aku wat cold calling kat public mutual shah alam,aku try la surf tenet..nak cari info pasal kete tu..maklumlah,kete jenis rare..tak banyak kat malaysia..kalo x silap tahun lepas,5 unit je yang ada on the road..salah sorang owner kete tu yang aku tahu ialah Sultan Johor(masa dia beli,dia still lagi TMJ)..haha..kalo aku pakai nanti,dah macam diorang plak jadinya...kena ada banyak duit baru leh pakai..haha.. Kat bawah ni,aku upload some pic from chevrolet camaro tu..cuma harge je tak leh tahan,rm488,888.00...tak termasuk road tax and insurances..haha


power siot engine dier..3.6-liter V6 tu..produce an uprated 323 horsepower (up 11 horsepower) and 278 lb-ft of torque..




                                                        interrior dlam kete nih..




comelnyer spedometer dier...;)

Car Specifications:

DrivetrainRear Wheel Drive
Curb Weight (lbs)3780
City (MPG)17
Hwy (MPG)28
Horsepower323@6800
Torque (lb-ft)278@4800
Wheelbase112.3
Length (in.)190.4
Width (in.)75.5
Height (in.)54.2