Monday, April 30, 2012

Investment Melalui ACC 1 EPF?



Ramai diantara kita yang mempunyai KWSP..tetapi tak ramai yang tahu kenapa KWSP pisahkan simpanan tersebut kepada 2 akaun iaitu akaun 1 dan akaun 2.Akaun 1 bertujuan untuk KWSP membantu pencarum membuat persediaan menghadapi persaraan supaya para pekerja mempunyai sejumlah wang simpanan apabila mereka bersara kelak dan hanya boleh dikeluarkan apabila mereka bersara iaitu ketika beumur 55 tahun.Manakala akaun 2 pula adalah untuk membantu pekerja membuat persediaan menghadapi tempoh persaraan mereka.Pengeluaran akaun 2 dibenarkan untuk beberapa tujuan seperti pembiayaan rumah,pendidikan,perubatan dan ketika berumur 50 tahun.70% dari caruman pekerja setiap bulan akan di salurkan ke akaun 1 manakala baki 30% akan di salurkan ke akaun 2.

Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa kita boleh membuat pelaburan melalui akaun 1 EPF.Mengikut Info yang  di paparkan di website KWSP,simpanan di akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan PELABURAN sahaja.Dan pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka untuk tujuan pelaburan.Kenapa KWSP hanya benarkan pengeluaran akaun1 hanya untuk pelaburan sahaja..?Kerana KWSP mengetahui bahawa jumlah simpanan akaun 1 itu hanya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh beberapa tahun sahaja.

Katakan lah anda mempunyai RM 200 ribu didalam akaun 1 anda ketika berumur 55 tahun.Jangka hayat purata rakyat malaysia ialah 75 tahun bagi lelaki manakala 78 tahun bagi wanita.Sekira anda lelaki,bermakna anda ada tempoh 20 tahun selepas persaraan anda.Jika RM200 ribu dibahagikan dengan 20 tahun bermakna anda hanya ada RM10 ribu setahun atau RM833 sebulan.Adakah jumlah ini mencukupi bagi anda?Jika ada RM833 sebulan pun sudah dianggap sebagai golongan miskin sekarang,dengan kadar inflasi yang tidak menentu serta harga barangan yang semakin meningkat,dalam golongan mana pula kita berada dalam 20 ke 30 tahun akan datang?Itu sebabnya kita lihat ramai yang bekerja semula selepas bersara bagi menampung kos sara hidup mereka.

Namun perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita membuat persediaan dari awal.Dengan membuat pelaburan di usia muda,kita akan dapat membesarkan dan menambahkan jumlah akaun 1 EPF kita itu.Bukan semua jumlah dalam akaun 1 yang boleh di laburkan, sebaliknya hanya 20% dari baki yang tinggal selepas ditolak simpanan asas yang telah ditetapkan oleh KWSP.Berikut adalah jadual simpanan asas yang dikeluarkan oleh KWSP :




Contoh kiraan :

Sekiranya anda berumur 30 tahun dan mempunyai RM35 ribu dalam akaun 1,jumlah yang dibenarkan untuk membuat pelaburan ialah

Jumlah simpanan dalam Acc 1                                          35000
Simpanan Asas                                                                 -18000
Baki                                                                                     17000

Jumlah Pelaburan       (20% X 17000)                                3400

 Jadi,jumlah pelaburan yang dibenarkan ialah RM3400.00.Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan bagi memaksimakan potential profit yang bakal dinikmati oleh pencarum.Dengan total profit secara purata 10% ke 15% setahun,sekali ganda dari apa yang diberi oleh EPF,pencarum boleh membesarkan lagi simpanan akaun 1 mereka.Pencarum akan memperoleh 2 keuntungan (berbanding 1 keuntungan dari KWSP sekiranya mereka tidak membuat pelaburan) iaitu 10% ke 15% melalui pelaburan dan 5% ke 6% melalui simpanan di KWSP.Bayangkan berapa profit yang anda akan dapat sekiranya anda bermula sekarang?

Pelaburan melalui akaun 1 EPF ini tidak memerlukan transaksi tunai sebaliknya ia akan diuruskan antara pihak KWSP dengan pihak Bank setelah mendapat persetujuan dari pencarum.Penjualan semula pelaburan pencarum akan dimasukkan kembali ke dalam akaun 1 mereka.Dengan bermula awal,pencarum mempunyai potensi yang tinggi untuk membesar serta menambahkan jumlah simpanan akaun 1 mereka.

Jadi,terpulang kepada anda bagaimana untuk merancang kewangan anda samaada hendak membiarkan sahaja simpanan anda dalam akaun 1 atau melaburkannya.Sekiranya anda ada persoalan atau kemusykilan,anda boleh menghubungi saya samaada melalui handphone atau email,dan saya akan membantu anda menjawab persoalan tersebut serta membantu anda dalam merancang pelan kewangan anda..

3 comments:

  1. salam kenal...hitting that button to follow your blog....well, I'm hoping for the same favor. makasih ya

    ReplyDelete
  2. jangan harap kwsp semata mata.. tahu kah anda hampir 80% pencarum kwsp akan habis duit dalam tempoh 5-10 tahun dari tarikh bersara.. cuba renungkan ...

    ReplyDelete
  3. @colors and grays,okay bro..:)
    @redlomo,your right bro..harap kita bleh share info bersama..

    ReplyDelete