Saturday, March 31, 2012

Univest Group Goal Setting for 2012

Masa untuk kerja Keras...=D

Thursday, March 29, 2012

Believe in yourself!!


Arini aku try wat face to face with clients..kebanyakkannya memang aku kenal..hardware owner yang pernah aku order materials dulu masa wat construction..most of them yang aku jumpa,tak berapa nak tahu pasal investment nie..so,kena la explain kat diorang..secara spontan jek..haha..nak kata closed deal tu xde la..50-50 coz diorang kena discuss dulu dengan husband masing-masing..harap-harap ada la nanti tu...haha..

For me,walaupun tak dapat closed deal arini tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk approach clients and hilangkan rasa gemuruh aku nie..goyang jugak tadi coz diorang taw sebelum nie,time buat construction,aku dah selamba jew..tak pernah datang hardware pakai smart macam nie..haha..macam pegawai pulak uncle tu kata kat aku..siap pakai kasut hitam lagi tu..haha..malu giler aku tadi..aku rasa maybe pasnie aku kena try buat lagi baik dari hari ni..kena buat sampai hilang gementar aku tu time jumpa ngan strangers..baru datang confident..kan?kena atasi kelemahan yang aku ada kalo nak success dalam bidang nie..

After this,aku nak try buat calling pulak..but before that kena buat listing dulu before call..kena buat list banyak-banyak..kena tahu serba sedikit tentang client yang aku nak call tu..buat preparation before jumpa..takleh nak main redah macam arini..hurm..harap-harap aku tak gelabah la time wat call tu..=D

Saturday, March 24, 2012

My First Closed Deal!!


Malam ni aku dapat buat satu closed dengan client.. kat kedai mamak area S.Alam..with less preparation..first time la katakan..knowledge about unit trust tu memang ada..tapi sebab first presentation depan client..sorang-sorang plak tu....gabra aku jadinya..maklumlah before this,aku memang jarang berbual dengan orang..lagi banyak diam dari bercakap..Ayat semua lintang pukang jadinya..haha..but first client aku tu sporting orang dier..coz dier paham aku still new lagi..

So,after dinner kat kedai mamak tu..client ajak pegi rumah untuk isi form...aku bagi taw kat dier..dia just perlu sign ajer,yang lain aku isikan untuk dier..but die taknak..sume borang dia isikan sendiri..haha..siap bagi advise lagi kat aku suruh perbaiki presentation aku tu..kalo tak,susah nak cari client lain,katanya..malu gak aku ..haha..Dia pun cakap when aku nyer presentation dah bagus,dier nak suruh aku jumpa kawan-kawan dia pulak..dia cakap kalo aku buat cara presentation yang aku buat kat dia tadi tu depan kawan-kawan dier..alamat takde la jawabnya..

Aku rasa lepas nie aku kena praktis lagi untuk perbaiki presentation aku depan orang..kena buat study dulu before approaching client...kena banyak belajar lagi dengan orang-orang yang dah lama dalam bidang unit trust nie..So, for presentation aku tadi tu,aku bagi markah D kat diri aku (tak leh nak bagi markah fail coz aku dapat closed deal cash dengan first client aku tu..haha)

Feel jugak erk bila dapat buat closed deal nie..happy giler aku..haha..


Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

Iklan Dari panaja..nuffnang ...

Wednesday, March 21, 2012

You can do it!!



Aku baru je balik dari class training di bangsar anjuran Univest Group...macam -macam info yang dapat dari diorang...dari cara untuk buat sales sampailah cara untuk menjaga client..pelbagai cara dan kaedah yang diorang ajar..based on experience masing-masing..semua diorang share dalam class tu..Penat pun ada jugak coz aku ada kat bangsar tadi dari tengah hari..tengah malam baru sampai rumah..haha..Tapi semua itu hilang bila tengok diorang semua semangat dan tak kedekut ilmu untuk dikongsi..Sebelum ni ada jugak orang yang aku jumpa kata agen unit trust ni macam agen insurans..bagi diorang semuanya sama iaitu nak suruh orang beli produk mereka and agen dapat komisyen..ada juga yang cakap,aku pergi class training ni sebab nak belajar cara-cara untuk mengayat orang supaya melabur..adeh..sempit jugak fikiran diorang ni..Sebenarnya tanggapan diorang ni semuanya salah coz why?
Becoz dalam class tu,aku belajar macammana nak take care satu-satu investment..Dari cara-cara isi borang sampailah cara-cara nak memaksimumkan potential profit client..Banyak masa yang diperlukan untuk aku fahami keadaan current market serta ekonomi..hari-hari kena tahu pasal perkembangan ekonomi negara..dulu aku pun ingatkan simple jew bile join Unit Trust ni..cari client,buat sale dapat komisyen..ingatkan macam tu..rupanya bukan..haha..Rupa-rupanya,aku kena learn about economic,kena ada knowledge yang jitu,faham keadaan pasaran dan tahu kehendak client..kena tahu jugak cara-cara bagaimana untuk menjaga pelaburan client supaya in future,aku dapat maximize potential profit untuk diorang...job yang kebanyakan orang anggap senang but the truth,it needs a lot of time and concentration..
Kerja mana yang takde cabaran kan?Jadi,aku ambil semua ni sebagai cabaran untuk aku hadapi dalam bidang unit trust ni..Bak kata miss Julia (ketua sorak group cnmy,geng mafia wars dalam fb..single lagi minah nie,sesapa nak berkenalan dengan dia boleh contact dia ye..jangan contact aku )...

" caiyok2 semua family {CNMY}...walaupun xramai tp hope semua rase fun join this family...any poblem bole diskas ngan admin...kami sedaya upaya nak tolon korg :D"

tapi aku tukar skit..

"caiyok2 semua members Univest Group...walaupun xramai tp hope semua rase enjoy join this group...any poblem bole diskas ngan Boss...boss sedaya upaya akan tolon korg :D"...jangan marah arr bosss....

Monday, March 19, 2012

Kaedah Pelaburan Melalui KWSP

Pelaburan melalui KWSP merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan di dalam Unit Trust.Pelaburan ini dibuat berdasarkan jumlah amaun yang terdapat di dalam akaun 1 pelabur.Jumlah minima pelaburan adalah RM1000 dan maksima tidak melebihi 20% daripada baki akaun 1 yang masih ada selepas ditolak jumlah simpanan asas yag ditetapkan oleh KWSP.Sila lihat jadual simpanan asas dibawah:




Contoh kiraan untuk mengetahui samaada seseorang itu layak atau tidak adalah seperti berikut :



Pelabur yang ingin membuat pelaburan melalui keadah ini hanya perlu mengisi borang permohonan dan selebihnya akan diuruskan oleh Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah dengan KWSP.Dan pelabur boleh menambah jumlah pelaburan mereka setiap 3 bulan.Sekiranya Pelabur menjual balik unitnya, hasil tersebut akan dimasukkan kembali ke dalam akan 1 pelabur.Bak kata pepatah " sikit-sikit,lama-lama jadi bukit".Lagi awal anda melabur,lagi tinggi simpanan persaraan anda..


Berikut adalah info yang diambil dari website KWSP :

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
  • Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asasdalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya:
  • (i) Warganegara Malaysia; ATAU
    (ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di
    bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum
    1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum
    semula dengan KWSP; ATAU
    (iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
    * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00



Cara-Cara Membuat Pelaburan Di Dalam Unit Trust

Terdapat beberapa cara untuk kita melabur di dalam Unit Trust Atau Skim Unit Amanah ini. Antaranya ialah :

1) Belian Sekali Gus
Cara ini merupakan cara paling biasa untuk melabur di dalam Unit Trust.
Dengan syarat jumlah pelaburan itu memenuhi jumlah minima Syarikat
Perkhidmatan Unit Amanah,pelabur boleh melaburkan simpanannya setelah
mereka melengkapkan borang permohonan.Dengan kaedah ini,pelabur tiada
lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam unit trust.

2) Pelaburan Semula Pendapatan
Dengan cara ini,pelabur menambah jumlah pelaburan mereka setelah agihan
dibuat oleh syarikat.Seseorang pelabur boleh memperoleh secara tetap
sejumlah kecil unit tambahan yang lama-kelamaan dapat menambah jumlah
pulangan daripada pelaburan dalam Unit Trust.




3) Simpanan Secara Tetap
Sesetengah pelabur melabur dengan membuat caruman tetap contohnya
simpanan secara bulanan.Caruman tidak dibuat mengikut kontrak dan boleh
ditamatkan pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti.Cara ini lebih
berdisiplin,berguna dan fleksibel untuk pelabur mengumpul modal keperluan
masa depan.Pada akhir tempoh tersebut,jumlah unit terkumpul adalah jumlah caruman yang terkumpul,termasuklah agihan pendapatan yang diperoleh daripada caruman tersebut.Yang pasti,jumlah caruman daripada unit yang terkumpul mungkin lebih banyak jika dicarum untuk jangka masa yang lebih lama.

4) Meminjam Untuk Melabur Dalam Unit Trust
Pelaburan melalui kaedah ini adalah tidak di galakkan kerana mempunyai
pelbagai risiko.Pelabur boleh membuat pinjaman dengan institusi kewangan
untuk tujuan pelaburan dengan pinjaman maksimum sehingga 67% daripada
jumlah pelaburan yang ingin di lakukan dalam Unit Trust.Ini bermakna
sekiranya pelabur ingin melabur RM100 ribu dalam Unit Trust,dia hanya
boleh membuat pinjaman sehingga RM 67 ribu dan bakinya hendaklah
menggunakan wang sendiri.Apabila berlaku kegagalan untuk membayar balik
pinjaman,pihak pemberi pinjaman berhak mencairkan pelaburan pelabur dalam
Unit Trust untuk membiayai pinjaman tersebut.Oleh itu,kaedah ini tidak di
galakkan sekiranya anda ingin melabur.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya,017-377 6235 atau tinggalkan komen anda di bawah.

Saturday, March 17, 2012

Cute Exam


Hari ni aku g amik exam cute kt OUM Seremban.Nak jadi UTC la katakan..kena la g amik this exam..dr 60 soalan mengenai Unit trust,kena betul 45 soalan baru bleh pass..Berhari-hari gak aku mengadap model soalan tu kat rumah,sampai naik hafal dengan soalan dier..takut x lepas la katakan...Alhamdulillah, aku pass gak exam tu..masa untuk jawab exam tu 2 jam tapi aku wat 30 minit jew..Orang lain br soalan ke 20,aku dh abis 60 soalan..goyang gak masa nk click tamat dan tgk result tu..org lain sume dh tgk aku..maklumlah orang first yg siap..kalo fail tadi,malu giler weh..Tapi xleh nak beat record Mr Thinesh, Fasilitator aku untuk class cute kt bangsar..dia jawab sume dalam 19 minit..agaknya dia rebus kot buku teks FIMM tu..pastu minum air dier..tu yang dier boleh hapal sume ..So,bile dh pass ni..bermula dengan rasminya keje aku sebagai Unit Trust Consultant..yeeehaaa...=D =D =D

Friday, March 16, 2012

Kekurangan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.Begitu juga dengan Skim Unit Amanah ini.Terdapat beberapa kekurangan yang ada iaitu risiko,hilang kawalan, yuran dan bayaran serta kos melepas.Setiap pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

1) Risiko

Setiap pelaburan ada risikonya.Begitu juga Skim Unit Amanah.Oleh itu,amat
penting untuk pelabur mengetahui tentang risiko ini sebelum mereka membuat
keputusan untuk melabur.Perunding Unit Amanah mesti memastikan pelabur diberi
penjelasan yang secukupnya mengenai risiko pelaburan sebelum pelabur membuat
sesuatu keputusan dalam pelaburan mereka.Jadi,tanyalah perunding anda tentang
risiko yang ada dalam Skim Unit Amanah sebelum memuktamadakn keputusan anda
untuk melabur.


2) Kehilangan Kawalan

Pelabur dalam Skim Unit Amanah tdak berhak menentukan bagaimana simpanan mereka
dilaburkan.Jika Pengurus Tabung Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah melabur dalam
portfolio pelaburan mengikut prospektus dan surat ikatan maka tidak banyak yang
boleh dilakukan oleh pelabur jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang
dibuat oleh pengurs tabung.Jadi,Baca dan fahami prospektus pelaburan anda
sebelum membuat keputusan dan mintalah bantuan dari perunding unit amanah untuk
menjelaskan kepada anda mengenai prospektus tersebut sekiranya anda tidak
memahaminya.


3) Yuran Dan Bayaran

Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah bukanlah
percuma.Ada Yuran dan Bayaran yang perlu dibayar oleh pelabur Skim Unit Amanah.
Mintalah perunding anda menjelaskan perkara tersebut sebelum membuat sesuatu
pelaburan.


4) Kos Melepas

Sebagaimana dengan mana-mana keputusan yang dibuat,pelabur yang melabur dalam
Skim Unit Amanah mungkin memperoleh pulangan yang lebih baik daripada mereka
terus melabur sendiri dalam pasaran.Lebihan ini merupakan Kos Melepas daripada
perlaburan Skim Unit Amanah.Pelabur mungkin mempertikaikan bahawa mereka boleh
mendapat pulangan yang lebi baik jika mereka melabur sendiri terutama sekali
apabila prestasi Skim Unit Amanah mengecewakan.Hal ini mungkin ada benarnya
namun satu aspek pelaburan yang sering dilupakan oleh pelabur langsung ialah
tahap risiko yang diambil untuk mencapai pulangan tersebut.Pelaburan melalui
Skim Unit Amanah memberikan tahap kepelbagaian yang tinggi untuk pelabur dengan
simpanan yang terhad.Satu pelaburan langsung mungkin menghasilkan pulangan yang
lebih berbanding pelaburan melalui Skim Unit Amanah tetapi yang jelasnya, tahap
risiko yang diambil oleh pelabur lansung jauh lebih besar daripada mereka yang
melabur dalam Skim Unit Amanah.


Jadi,sebagai pelabur, mintalah perunding unit amanah anda untuk menerangkan kekurangan Skim Unit Amanah dengan jelas supaya anda faham dan jelas mengenai perkara tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam Skim Unit Amanah.

Kelebihan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Bagi pelabur yang tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk membuat penyelidikan atau analisis pasaran perlaburan,Skim Unit Amanah adalah satu cara yang ideal untuk melabur. Untuk mengendalikan perlaburan,seseorang itu perlu mengetahui maklumat serta sentimen pasaran terkini.Dalam pasaran kewangan hari ini yang bergerak pantas dan semakin canggih,seseorang individu perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.Ini agak sukar untuk dilakukan malah memerlukan masa dan kos yang tinggi.

Melabur dalam Skim Unit Amanah dapat mengalihkan sebahagian besar beban tekanan perlaburan kepada mereka yang mahir mengendalikannya iaitu pengurus tabung profesional.Terdapat lima kelebihan dalam perlaburan Skim Unit Amanah yang perlu diambil perhatian:


1) Kepelbagaian

Pengumpulan tabung yang lebih besar membolehkan pengurus tabung menguruskan
Skim Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis perlaburan.Dengan itu,pelabur
Skim Unit Amanah boleh mendapat manfaat iaitu semakin banyak bilangan
perlaburan maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut.
Dengan kata lain,pelabur yang tidak mampu membuat pelbagai jenis perlaburan
kerana simpanan yang terhad, pelaburan dalam Skim Unit Amanah menawarkan
kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.


2) Cara Mudah Untuk Membeli Dan Menjual

Kebanyakan pelabur ingin perlaburan yang mudah tunai iaitu perlaburan itu
mudah dijual dalam jagka masa yang pendek.Skim Unit Amanah memberikan manfaat
ini kerana unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui Perunding Unit
Amanah atau Syarikat Perunding Unit Amanah seperti Public Mutual.Syarikat
Perunding Unit Amanah perlu membayar hasil daripada belian balik unit kepada
pemegang unit atau pelabur selewat-lewatnya 10 hari selepas menerima
permintaan bagi belian balik tersebut.


3) Pengurusan Profesional

Pengurus tabung yang mengendalikan perlaburan Skim Unit Amanah terdiri
daripada golongan profesional.Skim Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam mebuat keputusan perlaburan.Dalam jangka masa panjang,
kepakaran sebeginilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih
baik daripada biasa untuk pelabur.


4) Pendedahan Perlaburan

Bagi pelabur kecil, adakalanya mereka sukar untuk mendapatkan pendedahan
kepada kelas aset tertentu atau sekuriti tertentu.Sebagai contoh,jika
seseorang pelabur mempunyai RM 1000 dan ingin melabur dalam hartanah,pasaran
sekuriti antarabangsa atau bon korporat maka agak mustahil baginya untuk
memegang pelaburan langsung dalam mana-mana atau semua pasaran ini.Dengan
Skim Unit Amanah, pelabur kemungkinan besar dapat melaburkan simpanannya dalam
salah satu perlaburan ini atau dalam gabungan semua pelaburan ini.Oleh
itu,pelabur dapat menyesuaikan pendedahan perlaburannya untuk memenuhi
objektif mereka.


5) Kos Pelaburan

Apabila membuat pelaburan langsung,pelabur kecil perlu menanggung kos
urusniaga seperti komisen broker saham yang lebih tinggi daripada apa yang
dibayar oleh pelabur institusi besar seperti pengurus tabung Syarikat
Perunding Unit Amanah.Disebabkan pengurus tabung melabur dalam jumlah yang
besar maka mereka boleh mendapat kadar pulangan institusi dan perlaburan yang
mana pelabur kecil mungkin tidak boleh mendapatkannya. Contohnya, pelabur
kecil tidak boleh melabur secara langsung dalam pasaran Sekuriti Kerajaan
Malaysia yang melibatkan jumlah setiap urus niaga sehingga jutaan
ringgit.Sebaliknya,pengurus tabung boleh melakukannya.Pelabur institusi
termasuk pengurus tabung Skim Unit Amanah sering menerima keutamaan bagi
tawaran awam awal untuk saham syarikat yang akan disenaraikan, yang mana ia
tidak diberikan kepada pelabur kecil.Dengan jumlah pelaburan besar yang
diuruskan oleh pengurus tabung,pelabur dapat meminimumkan kos pelaburan
mereka.

Thursday, March 15, 2012

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Unit Trust?

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang saham amanah atau lebih dikenali dengan nama Unit Trust...Tetapi,apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan saham amanah atau unit trust ini?

Skim Unit Amanah atau Unit trust ini merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul simpanan mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang di uruskan oleh profesional pelaburan.

Pemegang unit dalam Skim Unit Amanah (SUA)iaitu pelabur,bukannya pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisari di bawah amanah yang di wujudkan oleh penganjur dalam SUA iaitu Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA). Menurut perlembagaan SUA, mesti terdapat pemegang amanah atau Trustee untuk menjaga kepentingan pelabur.Pemegang Amanah ini ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam SUA bagi pihak pemegang unit atau pelabur, dan mesti mengutamakan kepentingan pemegang unit.Pemegang Unit atau Pelabur dalam SUA tidak boleh mengarah SPUA bagaimana untuk melabur dalam portfolio pelaburan.

Pelabur SUA tidak membeli sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan portfolio terbahagi kepada unit dan setiap pelabur dikenali sebagai Pemegang Unit. Satu Unit dalam SUA merupakan 'bahagian' berkadar daripada perlaburan yang terkumpul.Apabila nilai perlaburan dalam portfolio SUA meningkat atau menurun maka nilai atau harga unit bagi setiap unit tersebut juga meningkat atau menurun.

Pulangan pelaburan dalam SUA biasanya ialah gabungan pembayaran pendapatan tetap iaitu agihan, dan tambahan nilai modal,yang diperolehi daripada perlaburan terkumpul yang terdapat dalam SUA tersebut.Setiap unit layak menerima jumlah pendapatan yang sama yang ditentukan oleh tahap agihan yang diistiharkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA)dan tambahan atau susut nilai modal yang lazimnya diunjukkan dalam harga unit SUA tersebut.

Pelabur SUA biasanya terdiri daripada mereka yang membuat perlaburan dalam jumlah yang agak kecil iaitu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berhasrat untuk memegang untuk memegang portfolio perlaburan langsung dalam saham atau aset lain.Sebaliknya,mereka lebih suka melabur dalam instrumen perlaburan terkawal.SUA membolehkan pelabur kecil mengakses pelbagai jenis perlaburan yang pada kebiasaannya sukar untuk diakses.

Oleh sebab pelabur menginginkan pulangan yang berpatutan untuk simpanan mereka maka Skim Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai bagi mendedahkan mereka kepada perlaburan yang dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh daripada akaun simpanan biasa dan deposit tetap.

'Kos' bagi pulangan yang berpotensi lebih tinggi pasti disertai dengan risiko perlaburan yang tinggi juga.Dalam jangka masa pendek,pulangan perlaburan dalam Skim Unit Amanah kurang berbanding deposit tetap tetapi bagi janka masa sederhana hingga jangka masa panjang,perlaburan dalam Skim Unit Amanah dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik dengan tahap risiko yang berpatutan.

Setiap sesuatu itu mesti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?Jadi dalam post yang lain,aku akan cuba menjelaskan pula tentang kelebihan serta kekurangan yang terdapat dalam Skim Unit Amanah ini..Diharapkan dengan maklumat-maklumat diatas dapat membantu anda semua memahami apa itu Unit amanah atau Unit Trust serta menbantu untuk anda menjadi seorang pelabur yang berpengetahuan.....

Saturday, March 10, 2012

Class Success 101

On 7 march 2012 aritu...aku pegi class success 101 di Bangsar..Class dari jam 9 pagi sampai 5 petang..macam-macam gak yang aku belajar dalam class tu..dari sejarah tentang company sampai la ke cara nak buat sales..tapi yang best nyer..aku dapat share experience dengan UTC lain..cara diorang buat sale..ada yang guna method face to face,change business cards,phone..tengok mana yang sesuai dengan personaliti masing-masing..Kebanyakkan UTC yang aku jumpa,semua dapat buat sales yang bagus..dan diorang tak kedekut ilmu serta very supportive to new comer macam aku..Hurmm..harap-harap..aku pun dapat buat sales macam diorang..goyang pun ada memandang dari semua UTC yang attend class tu,aku sorang jew yang belum ambil Exam Cute..haha..Lagi seminggu untuk aku amik exam..harap-harap lulus la exam tu..=)