Monday, March 19, 2012

Cara-Cara Membuat Pelaburan Di Dalam Unit Trust

Terdapat beberapa cara untuk kita melabur di dalam Unit Trust Atau Skim Unit Amanah ini. Antaranya ialah :

1) Belian Sekali Gus
Cara ini merupakan cara paling biasa untuk melabur di dalam Unit Trust.
Dengan syarat jumlah pelaburan itu memenuhi jumlah minima Syarikat
Perkhidmatan Unit Amanah,pelabur boleh melaburkan simpanannya setelah
mereka melengkapkan borang permohonan.Dengan kaedah ini,pelabur tiada
lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam unit trust.

2) Pelaburan Semula Pendapatan
Dengan cara ini,pelabur menambah jumlah pelaburan mereka setelah agihan
dibuat oleh syarikat.Seseorang pelabur boleh memperoleh secara tetap
sejumlah kecil unit tambahan yang lama-kelamaan dapat menambah jumlah
pulangan daripada pelaburan dalam Unit Trust.




3) Simpanan Secara Tetap
Sesetengah pelabur melabur dengan membuat caruman tetap contohnya
simpanan secara bulanan.Caruman tidak dibuat mengikut kontrak dan boleh
ditamatkan pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti.Cara ini lebih
berdisiplin,berguna dan fleksibel untuk pelabur mengumpul modal keperluan
masa depan.Pada akhir tempoh tersebut,jumlah unit terkumpul adalah jumlah caruman yang terkumpul,termasuklah agihan pendapatan yang diperoleh daripada caruman tersebut.Yang pasti,jumlah caruman daripada unit yang terkumpul mungkin lebih banyak jika dicarum untuk jangka masa yang lebih lama.

4) Meminjam Untuk Melabur Dalam Unit Trust
Pelaburan melalui kaedah ini adalah tidak di galakkan kerana mempunyai
pelbagai risiko.Pelabur boleh membuat pinjaman dengan institusi kewangan
untuk tujuan pelaburan dengan pinjaman maksimum sehingga 67% daripada
jumlah pelaburan yang ingin di lakukan dalam Unit Trust.Ini bermakna
sekiranya pelabur ingin melabur RM100 ribu dalam Unit Trust,dia hanya
boleh membuat pinjaman sehingga RM 67 ribu dan bakinya hendaklah
menggunakan wang sendiri.Apabila berlaku kegagalan untuk membayar balik
pinjaman,pihak pemberi pinjaman berhak mencairkan pelaburan pelabur dalam
Unit Trust untuk membiayai pinjaman tersebut.Oleh itu,kaedah ini tidak di
galakkan sekiranya anda ingin melabur.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya,017-377 6235 atau tinggalkan komen anda di bawah.

4 comments:

  1. unit trust lebih suka pada yang harga tetap mcm ASB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tu redlomo..unit trust bg 2 total return iaitu distribution atau agihan dan capital gain atau kenaikan harga..kalo harga tetap,investor tak dapat la profit return 10% to 15% lepas diorg invest dlm unit trust nie..:)..ko pernah buat investment x?

      Delete
  2. denag kata boleh witdraw epf unutk beli unit trust. macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..investment boleh dibuat melalui acc 1 epf..jumlah yang di benarkan ialah 20% dr baki amount yg tinggal after tolak simpanan asas..dan boleh buat setiap 3 bulan..ia tidak melibatkan urusniaga tunai sebaliknya urusniaga tu terus antara pihak bank dgn epf...cuba baca artikel "investment melalui acc 1 epf?" utk maklumat lanjut..

      Delete