Friday, March 16, 2012

Kelebihan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Bagi pelabur yang tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk membuat penyelidikan atau analisis pasaran perlaburan,Skim Unit Amanah adalah satu cara yang ideal untuk melabur. Untuk mengendalikan perlaburan,seseorang itu perlu mengetahui maklumat serta sentimen pasaran terkini.Dalam pasaran kewangan hari ini yang bergerak pantas dan semakin canggih,seseorang individu perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.Ini agak sukar untuk dilakukan malah memerlukan masa dan kos yang tinggi.

Melabur dalam Skim Unit Amanah dapat mengalihkan sebahagian besar beban tekanan perlaburan kepada mereka yang mahir mengendalikannya iaitu pengurus tabung profesional.Terdapat lima kelebihan dalam perlaburan Skim Unit Amanah yang perlu diambil perhatian:


1) Kepelbagaian

Pengumpulan tabung yang lebih besar membolehkan pengurus tabung menguruskan
Skim Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis perlaburan.Dengan itu,pelabur
Skim Unit Amanah boleh mendapat manfaat iaitu semakin banyak bilangan
perlaburan maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut.
Dengan kata lain,pelabur yang tidak mampu membuat pelbagai jenis perlaburan
kerana simpanan yang terhad, pelaburan dalam Skim Unit Amanah menawarkan
kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.


2) Cara Mudah Untuk Membeli Dan Menjual

Kebanyakan pelabur ingin perlaburan yang mudah tunai iaitu perlaburan itu
mudah dijual dalam jagka masa yang pendek.Skim Unit Amanah memberikan manfaat
ini kerana unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui Perunding Unit
Amanah atau Syarikat Perunding Unit Amanah seperti Public Mutual.Syarikat
Perunding Unit Amanah perlu membayar hasil daripada belian balik unit kepada
pemegang unit atau pelabur selewat-lewatnya 10 hari selepas menerima
permintaan bagi belian balik tersebut.


3) Pengurusan Profesional

Pengurus tabung yang mengendalikan perlaburan Skim Unit Amanah terdiri
daripada golongan profesional.Skim Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam mebuat keputusan perlaburan.Dalam jangka masa panjang,
kepakaran sebeginilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih
baik daripada biasa untuk pelabur.


4) Pendedahan Perlaburan

Bagi pelabur kecil, adakalanya mereka sukar untuk mendapatkan pendedahan
kepada kelas aset tertentu atau sekuriti tertentu.Sebagai contoh,jika
seseorang pelabur mempunyai RM 1000 dan ingin melabur dalam hartanah,pasaran
sekuriti antarabangsa atau bon korporat maka agak mustahil baginya untuk
memegang pelaburan langsung dalam mana-mana atau semua pasaran ini.Dengan
Skim Unit Amanah, pelabur kemungkinan besar dapat melaburkan simpanannya dalam
salah satu perlaburan ini atau dalam gabungan semua pelaburan ini.Oleh
itu,pelabur dapat menyesuaikan pendedahan perlaburannya untuk memenuhi
objektif mereka.


5) Kos Pelaburan

Apabila membuat pelaburan langsung,pelabur kecil perlu menanggung kos
urusniaga seperti komisen broker saham yang lebih tinggi daripada apa yang
dibayar oleh pelabur institusi besar seperti pengurus tabung Syarikat
Perunding Unit Amanah.Disebabkan pengurus tabung melabur dalam jumlah yang
besar maka mereka boleh mendapat kadar pulangan institusi dan perlaburan yang
mana pelabur kecil mungkin tidak boleh mendapatkannya. Contohnya, pelabur
kecil tidak boleh melabur secara langsung dalam pasaran Sekuriti Kerajaan
Malaysia yang melibatkan jumlah setiap urus niaga sehingga jutaan
ringgit.Sebaliknya,pengurus tabung boleh melakukannya.Pelabur institusi
termasuk pengurus tabung Skim Unit Amanah sering menerima keutamaan bagi
tawaran awam awal untuk saham syarikat yang akan disenaraikan, yang mana ia
tidak diberikan kepada pelabur kecil.Dengan jumlah pelaburan besar yang
diuruskan oleh pengurus tabung,pelabur dapat meminimumkan kos pelaburan
mereka.

No comments:

Post a Comment