Friday, March 16, 2012

Kekurangan Melabur Dalam Skim Unit Amanah

Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.Begitu juga dengan Skim Unit Amanah ini.Terdapat beberapa kekurangan yang ada iaitu risiko,hilang kawalan, yuran dan bayaran serta kos melepas.Setiap pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

1) Risiko

Setiap pelaburan ada risikonya.Begitu juga Skim Unit Amanah.Oleh itu,amat
penting untuk pelabur mengetahui tentang risiko ini sebelum mereka membuat
keputusan untuk melabur.Perunding Unit Amanah mesti memastikan pelabur diberi
penjelasan yang secukupnya mengenai risiko pelaburan sebelum pelabur membuat
sesuatu keputusan dalam pelaburan mereka.Jadi,tanyalah perunding anda tentang
risiko yang ada dalam Skim Unit Amanah sebelum memuktamadakn keputusan anda
untuk melabur.


2) Kehilangan Kawalan

Pelabur dalam Skim Unit Amanah tdak berhak menentukan bagaimana simpanan mereka
dilaburkan.Jika Pengurus Tabung Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah melabur dalam
portfolio pelaburan mengikut prospektus dan surat ikatan maka tidak banyak yang
boleh dilakukan oleh pelabur jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang
dibuat oleh pengurs tabung.Jadi,Baca dan fahami prospektus pelaburan anda
sebelum membuat keputusan dan mintalah bantuan dari perunding unit amanah untuk
menjelaskan kepada anda mengenai prospektus tersebut sekiranya anda tidak
memahaminya.


3) Yuran Dan Bayaran

Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Perkhidmatan Unit Amanah bukanlah
percuma.Ada Yuran dan Bayaran yang perlu dibayar oleh pelabur Skim Unit Amanah.
Mintalah perunding anda menjelaskan perkara tersebut sebelum membuat sesuatu
pelaburan.


4) Kos Melepas

Sebagaimana dengan mana-mana keputusan yang dibuat,pelabur yang melabur dalam
Skim Unit Amanah mungkin memperoleh pulangan yang lebih baik daripada mereka
terus melabur sendiri dalam pasaran.Lebihan ini merupakan Kos Melepas daripada
perlaburan Skim Unit Amanah.Pelabur mungkin mempertikaikan bahawa mereka boleh
mendapat pulangan yang lebi baik jika mereka melabur sendiri terutama sekali
apabila prestasi Skim Unit Amanah mengecewakan.Hal ini mungkin ada benarnya
namun satu aspek pelaburan yang sering dilupakan oleh pelabur langsung ialah
tahap risiko yang diambil untuk mencapai pulangan tersebut.Pelaburan melalui
Skim Unit Amanah memberikan tahap kepelbagaian yang tinggi untuk pelabur dengan
simpanan yang terhad.Satu pelaburan langsung mungkin menghasilkan pulangan yang
lebih berbanding pelaburan melalui Skim Unit Amanah tetapi yang jelasnya, tahap
risiko yang diambil oleh pelabur lansung jauh lebih besar daripada mereka yang
melabur dalam Skim Unit Amanah.


Jadi,sebagai pelabur, mintalah perunding unit amanah anda untuk menerangkan kekurangan Skim Unit Amanah dengan jelas supaya anda faham dan jelas mengenai perkara tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam Skim Unit Amanah.

No comments:

Post a Comment