Thursday, March 15, 2012

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Unit Trust?

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang saham amanah atau lebih dikenali dengan nama Unit Trust...Tetapi,apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan saham amanah atau unit trust ini?

Skim Unit Amanah atau Unit trust ini merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul simpanan mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang di uruskan oleh profesional pelaburan.

Pemegang unit dalam Skim Unit Amanah (SUA)iaitu pelabur,bukannya pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisari di bawah amanah yang di wujudkan oleh penganjur dalam SUA iaitu Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA). Menurut perlembagaan SUA, mesti terdapat pemegang amanah atau Trustee untuk menjaga kepentingan pelabur.Pemegang Amanah ini ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam SUA bagi pihak pemegang unit atau pelabur, dan mesti mengutamakan kepentingan pemegang unit.Pemegang Unit atau Pelabur dalam SUA tidak boleh mengarah SPUA bagaimana untuk melabur dalam portfolio pelaburan.

Pelabur SUA tidak membeli sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan portfolio terbahagi kepada unit dan setiap pelabur dikenali sebagai Pemegang Unit. Satu Unit dalam SUA merupakan 'bahagian' berkadar daripada perlaburan yang terkumpul.Apabila nilai perlaburan dalam portfolio SUA meningkat atau menurun maka nilai atau harga unit bagi setiap unit tersebut juga meningkat atau menurun.

Pulangan pelaburan dalam SUA biasanya ialah gabungan pembayaran pendapatan tetap iaitu agihan, dan tambahan nilai modal,yang diperolehi daripada perlaburan terkumpul yang terdapat dalam SUA tersebut.Setiap unit layak menerima jumlah pendapatan yang sama yang ditentukan oleh tahap agihan yang diistiharkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (SPUA)dan tambahan atau susut nilai modal yang lazimnya diunjukkan dalam harga unit SUA tersebut.

Pelabur SUA biasanya terdiri daripada mereka yang membuat perlaburan dalam jumlah yang agak kecil iaitu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berhasrat untuk memegang untuk memegang portfolio perlaburan langsung dalam saham atau aset lain.Sebaliknya,mereka lebih suka melabur dalam instrumen perlaburan terkawal.SUA membolehkan pelabur kecil mengakses pelbagai jenis perlaburan yang pada kebiasaannya sukar untuk diakses.

Oleh sebab pelabur menginginkan pulangan yang berpatutan untuk simpanan mereka maka Skim Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai bagi mendedahkan mereka kepada perlaburan yang dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh daripada akaun simpanan biasa dan deposit tetap.

'Kos' bagi pulangan yang berpotensi lebih tinggi pasti disertai dengan risiko perlaburan yang tinggi juga.Dalam jangka masa pendek,pulangan perlaburan dalam Skim Unit Amanah kurang berbanding deposit tetap tetapi bagi janka masa sederhana hingga jangka masa panjang,perlaburan dalam Skim Unit Amanah dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik dengan tahap risiko yang berpatutan.

Setiap sesuatu itu mesti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?Jadi dalam post yang lain,aku akan cuba menjelaskan pula tentang kelebihan serta kekurangan yang terdapat dalam Skim Unit Amanah ini..Diharapkan dengan maklumat-maklumat diatas dapat membantu anda semua memahami apa itu Unit amanah atau Unit Trust serta menbantu untuk anda menjadi seorang pelabur yang berpengetahuan.....

No comments:

Post a Comment