Thursday, June 13, 2013

Adakah Simpanan KWSP Mencukupi Untuk Persaraan?

Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan tabungan dengan elemen pelaburan untuk persaraan. Caruman ini telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dibuat pada setiap bulan oleh majikan. Setiap bulan 11% daripada pendapatan bulanan anda perlu dicarumkan ke dalam akaun KWSP anda. Persoalannya, adakah simpanan KWSP anda mencukupi untuk menampung keperluan anda ketika persaraan kelak? Berpandukan kepada jadual perbelanjaan asas, diterangkan cara bagaimana untuk  membolehkan anda merancang persaraan dengan menggunakan kalkulator pengiraan persaraan. Anda boleh merujuk laman sesawang www.fomca.org.my/ kewangan untuk keterangan lanjut.

Berdasarkan jadual pengiraan persaraan ilustrasi di sebelah, anda perlu mencapai matlamat simpanan persaraan anda sebanyak RM1,173,280 sebelum mencapai umur persaraan. Ini bermakna, anda hanya mempunyai 25 tahun untuk membuat persediaan persaraan. Dengan mengambil kira kadar inflasi sebanyak 3.6% (anggaran) pada masa sekarang, anda memerlukan komitmen sebanyak RM2,025 sebulan dan RM24,300 setahun. Dalam tempoh 25 tahun dan kadar inflasi yang meningkat, anda memerlukan komitmen sebanyak RM4,888 sebulan dan RM58,664 setahun.

Adakah simpanan anda mencukupi untuk menampung baki usia anda sehingga berumur 75 tahun lagi? Jangka hayat rakyat Malaysia bagi lelaki dijangkakan berumur 75 tahun dan 78 tahun bagi wanita.

How to run a business 24/7 without additional costs? #OnlineLahTauke is the answer! http://my.sharings.cc/utcnazri/share/OnlineLahTauke



Perbelanjaan Asas
(tidak termasuk pembayaran pinjaman kerana semua pembayaran pinjaman mesti dilangsaikan sebelum anda bersara)


Nota: Jadual pengiraan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Keperluan anda mungkin berbeza daripada jadual di atas.Anda dicadangkan untuk berhubung dengan Perunding Kewangan anda sebelum membuat keputusan dalam kewangan.

Love animal prints? Show 'em some love and win a RM500 GUESS handbag! #GUESSMYBAG http://my.sharings.cc/utcnazri/share/GuessHandbag1


Mengapa pentingnya membuat simpanan dari awal?
Berdasarkan jadual di bawah, anda perlu membuat simpanan pada awal usia 20 tahun.

Simpanan bulanan ini dapat dikurangkan jika anda menyimpan pada usia yang lebih muda, berbanding sekiranya anda mula membuat simpanan pada usia 30 tahun, yang memerlukan anda menyimpan lebih banyak untuk mencapai matlamat persaraan yang sama. Masa adalah nilai untuk wang. Bagi mendisiplinkan  diri dengan membuat simpanan, anda perlu memastikan untuk sentiasa membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan anda. Ingat! semua orang memerlukan jumlah wang yang besar untuk bersara dengan selesa.

Terdapat dua elemen utama yang memberi kesan terhadap dana persaraan anda, iaitu Kadar Faedah dan Kadar Inflasi. Kedua-dua elemen ini tidak dapat dikawal oleh anda. Oleh itu, sentiasa pastikan anda mempunyai simpanan bulanan secara tetap sebagai persediaan persaraan anda.

**article ini diambil dari Majalah Ringgit keluaran October 2012**

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that? http://my.sharings.cc/utcnazri/share/churpchurp-invite




No comments:

Post a Comment