Friday, June 14, 2013

Panduan Melabur Dalam Unit Amanah

Apa Itu Unit Amanah?
Unit amanah merupakan salah satu produk pelaburan yang popular dalam kalangan pelabur. Ini dapat dibuktikan dengan adanya 40 buah syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia dan 602 dana unit amanah dalam pasaran. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana unit amanah merupakan salah satu cara untuk pelabur yang mempunyai modal minimum untuk melabur dan mempelbagaikan pelaburan mereka.
Tetapi, apakah itu unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan Dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat pengurusan unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau sekuriti-sekuriti lain yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana.

Pendapatan
Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.


Give your car a good shine with the #Goddwell R-Nano Waxing & Claying service from @MilkADeal! http://my.sharings.cc/utcnazri/share/MilkADealGRNWCS


Perlindungan Untuk Pemegang Unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungannya terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:


Ada beberapa sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.



Baca Prospektus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia mengandungi matlamat dana, strategi pelaburan dan polisi serta pulangan dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang agak sukar difahami, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat pelaburan anda sama dengan dana tersebut.

Kesimpulan
Sebagai pelabur, anda perlu mempertimbang faktor berikut ketika memilih dana:

• Objektif pelaburan – pastikan objektif dana dan matlamat pelaburan anda adalah selaras;
• Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah selari dengan matlamat dan  toleransi risiko anda;
• Saiz dana dan aliran pertumbuhan;
• Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum yang diperlukan;
• Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya;
• Jenis dan jumlah yuran;
• Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja  dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini;
• Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset; dan 
• Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama.





**Article ini diambil dari majalah Ringgit edisi November 2012.Majalah Ringgit merupakan penerbitan usahasama antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA.**

Check out the new Acer P3 Ultrabook, it's convertible and detachable too! Ultrabook™. Inspired by Intel. #MyAcerTouch http://my.sharings.cc/utcnazri/share/AcerP3


No comments:

Post a Comment